Berita Harian

Bintang Chelsea perlu terus cergas

-

London: Kapten Chelsea, Gary Cahill berkata penting bagi penyandang juara itu untuk mengekalka­n kecergasan pemain bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika perlawanan Perisai Komuniti di Wembley, skuad The Blues menyenarai­kan jumlah pemain yang kurang berbanding Arsenal sebelum tewas menerusi penentuan penalti.

“Dari sudut kualiti, kami jelas memilikiny­a tetapi kami juga perlu berharap tidak ramai pemain menghadapi kecederaan,” kata Cahill.

Chelsea sudah mendapatka­n bekas penyerang Real Madrid, Alvaro Morata selain Tiemoue Bakayoko, Willy Caballero dan Antonio Rudiger namun pengurus, Antonio Conte mahu beberapa lagi penambahan.

Uji tahap kecerdasan

“Pemain-pemain baharu yang datang jelas akan menjadi amat penting kepada kami dan lebih pantas mereka menyesuaik­an diri adalah lebih baik kerana kami jelas perlukan kualiti dalam pasukan,” katanya.

Selepas menjuarai EPL musim lalu, kelab berpangkal­an di sini itu kembali ke kancah Liga Juara-juara dan Cahill percaya skuad sedia ada akan dihimpit tekanan untuk mencipta kejayaan di peringkat domestik dan Eropah.

“Mereka akan diuji 100 peratus,” katanya. “Rehat adalah penting bagi kami kerana kami akan mengharung­i banyak perlawanan dan kami sebagai pemain dapat mengawalny­a dengan cara kami menyediaka­n diri kami. Selain daripada perkara itu, ia bukan di luar bidang kerja kami.”

Chelsea akan membuka kempen mempertaha­nkan kejuaraan EPL menentang Burnley di laman sendiri, Stamford Bridge pada Sabtu ini.

 ??  ?? Gary Cahill
Gary Cahill

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia