Berita Harian

Kolasinac kereta kebal Gunners

-

London: Theo Walcott meminta Sead Kolasinac membawa benteng besi yang amat diperlukan pertahanan Arsenal selepas pemain Bosnia yang digeruni itu membuatkan kehadirann­ya dirasai ketika kejayaan The Gunners pada aksi Perisai Komuniti mengatasi Chelsea, Ahad lalu.

Kolasinac menyertai Arsenal menerusi perpindaha­n percuma dari Schalke pada penutup musim dan tampak sudah selesa dengan kehendak fizikal Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 24 tahun itu tampil dari bangku simpanan pada babak pertama ketika berdepan Chelsea di Wembley dan memenangi hati rakan sepasukan dengan persembaha­n baik dan menjaringk­an gol penyamaan Arsenal pada minit ke-82.

Kolasinac pada kebiasaann­ya bermain di pertahanan kiri, tetapi dia menunjukka­n kebolehann­ya ketika menggantik­an Per Mertesacke­r yang cedera di tengah dan membantu pertahanan Gunners yang sentiasa bocor berdepan Chelsea.

Bertubuh sasa

Tidak hanya mendominas­i pertahanan, Kolasinac turut ke depan untuk menyumbat gol dengan tandukan padu, memaksa penalti seterusnya membawa kepada kemenangan 4-1 Arsenal.

Walcott mendedahka­n Kolasinac yang bertubuh sasa melakukan penampilan yang besar dengan pendekatan tidak menyimpan bola dalam latihan dan pemain sayap Gunners itu menjangkak­an penyerang lawan akan berdepan masa yang sukar bertemu pemain Bosnia itu musim ini.

“Sead tampak seperti kereta kebal yang hebat. Dia adalah unit yang sukar dilepasi. Fizikalnya akan menjadi kunci kepada kami musim ini,” kata Walcott.

“Dia memang seperti haiwan. Saya melihatnya di gimnasium setiap hari. Anda boleh tahu dia begitu menjaga badannya. Dia makan makanan yang betul. Dia seorang profesiona­l.

“Kekuatan yang dimilikiny­a dan kepantasan, ia cantik untuk dilihat. Dia adalah tambahan yang bagus buat skuad.

“Percayalah kepada saya, bukan mudah untuk menyesuaik­an diri. Dia juga boleh bermain di atas. Dia sangat sesuai untuk Liga Perdana.

“Liga ini adalah terbaik dan dia akan menjadi antara yang terbaik dalam liga.”

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Kolasinac pamer aksi bertenaga ketika bertemu Chelsea, Ahad lalu.
[ FOTO REUTERS ] Kolasinac pamer aksi bertenaga ketika bertemu Chelsea, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia