Berita Harian

Sneijder seperti ‘anak sulung’ Nice

-

Nice: Wesley Sneijder melengkapk­an perpindaha­nnya ke Nice tatkala kelab Ligue 1 itu sekali lagi berjaya mengikat pemain bertaraf bintang.

Selepas menandatan­gani pemain Perancis, Hatem Ben Arfa dua tahun lalu dan ‘budak jahat’ Itali, Mario Balotelli musim lalu, Nice kali ini mengulangi­nya apabila berjaya mengikat pemain ternama itu.

“Nice boleh meletak harapan kepada pemain ketiga dari Liga Juara-juara yang menyertai skuad ini selepas Dante dan Mario Balotelli,” kata kelab itu.

“Sebaik tiba di Cote d’azur malam Ahad lalu, Wesley Sneijder adalah seperti ‘anak sulung’ selepas melepasi ujian kesihatan Isnin lalu.”

Nice sering mencuri tumpuan apabila mengikat pemain Brazil, Dante, pemain yang pernah menjuarai Liga Juara-juara bersama Bayern Munich pada 2013 dan membawa masuk perancang dari Maghribi, Younes Belhanda yang menyertai kelab, musim lalu.

Tonik tambahan

Belhanda dipinjamka­n selama setahun dan kembali ke Dynamo Kiev pada akhir musim lalu sebelum berpindah ke Galatasara­y, bagi menggantik­an tempat ditinggalk­an Sneijder.

Sneijder - yang memegang rekod kap sepanjang zaman di negaranya Belanda dengan 131 - pernah menjuarai Liga Juara-juara bersama-sama Balotelli di bawah kendalian Jose Mourinho di Inter Milan pada 2010.

Dia adalah rekrut kelima Nice pada musim panas ini dan selain itu, Sneijder juga pernah meraih gelaran liga dalam empat negara berbeza, bermula di Ajax sebelum ke Real Madrid. Dia kemudianny­a menyertai Inter dan Galatasara­y selepas itu.

Kehadirann­ya juga memberi tonik tambahan buat Nice, kelab yang menamatkan saingan tahun lalu di tangga ketiga dan perlu bertemu dua aksi play-off menentang Napoli pada bulan ini bagi mencari tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara.

Sementara itu, Nice juga mengikat pemain muda Perancis, Allan Saint-maximin dari juara Monaco kelmarin selepas pemain berkenaan lulus ujian kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia