Berita Harian

Tak kisah pilihan pertama atau kedua

Chong Wei lebih minat tumpu bakal calon lawan pada undian hari ini

- Oleh Ferzalfie Fauzi

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kekal tenang dan fokus menjelang undian Kejohanan Dunia yang akan diadakan di ibu pejabat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Chong Wei yang sekarang ini menghuni ranking kedua dunia, mengakui ia sama saja walaupun dia diletakkan sebagai pilihan pertama atau kedua di kejohanan berkenaan kerana paling penting buatnya ialah siapa lawan yang bakal ditentang.

"Pilihan pertama atau kedua sama saja, lebih kurang. Apabila undian sudah keluar esok (hari ini) saya mahu lihat siapa lawan siapa. Dari situ saya boleh mula untuk melakukan persiapan mengikut pemain lawan yang akan saya temui," katanya ketika ditemui media di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Chong Wei berkata selepas mengetahui susunan undian dan pemain yang akan ditentang dia bersama ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek bakal melakukan perbincang­an mengenai skop latihan.

“Kita akan melihat kembali persediaan berdasarka­n permainan yang akan digunakan oleh pemain lawan. Saya tidak boleh fokus diri sendiri, pemain lawan juga harus diberi perhatian.

"Paling penting ialah memberi tumpuan kepada persiapan diri sendiri dan keadaan yang baik. Ini penting kerana kalau asyik fokus kepada pemain lawan tapi keadaan tidak dijaga ia memang sia-sia.

“Kita akan tunggu undian keluar esok dan bincang mengenai taktikal yang akan digunakan ke atas pemain yang berlainan," kata Chong Wei.

Perlu fokus

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Beijing (2008), London (2012) dan Rio (2016) itu berkata, dia tidak boleh memandang rendah dan perlu fokus kepada semua pemain.

“Saya cuba memberikan permainan terbaik dan fokus satu demi satu perlawanan dan tidak perlu fikir mengenai siapa yang akan saya jumpa di suku akhir mahupun separuh akhir. Biar saya lalui pusingan demi pusingan terlebih dulu kerana kejohanan besar selalunya ada kejutan," katanya yang berkemungk­inan berdepan Chen Long atau Lin Dan di suku akhir di kejohanan itu.

Chong Wei yang akan berlepas ke Glasgow minggu depan turut diiringi dua pemain perseorang­an lelaki, Choong Yee Han dan Tan Jia Wei, di mana kedua-dua rakan senegara itu bakal dijadikan 'rakan sparring'.

 ??  ?? Chong Wei ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia.
Chong Wei ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia