Berita Harian

Syahmi, Adam boleh pergi jauh

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan, mereka pasti boleh pergi jauh!

Itu pesanan dan kata-kata semangat yang dilontarka­n jurulatih Selangor, P Maniam kepada anak didiknya, Syahmi Safari dan Adam Nor Azlin yang kini bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) negara untuk mengharung­i temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bermula Isnin ini.

Maniam menjelaska­n, pengalaman beraksi bersama pemain senior dan import dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) menjadikan persembaha­n Syahmi dan Adam semakin matang mengatasi usianya.

“Syahmi dan Adam mendapat banyak pengalaman serta pendedahan dalam Liga M dengan bersaing bersama pemain senior dan import yang hebat.

“Macam Syahmi, kita boleh lihat aksinya sudah semakin matang terutama dalam membuat keputusan di atas padang. Adam pun mempamerka­n prestasi yang konsisten selepas beraksi di posisi pertahanan tengah.

Perlu percaya pada diri

“Apa yang diperlukan sekarang adalah mereka perlu percaya pada diri sendiri dan rakan sepasukan yang lain,” katanya semalam.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee akan membuka tirai saingan Kumpulan A di Sukan SEA kali ini dengan berdepan Brunei di Stadium Shah Alam, Isnin ini.

Selain, itu, bukan sahaja buat Syahmi dan Adam, malah Maniam menyifatka­n barisan skuad Sukan SEA kali ini berkualiti tinggi dengan kebanyakan­nya sudah memiliki pengalaman yang cukup luas termasuk di peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia