Berita Harian

Semangat Bangkit Bersama

Lagu tema Sukan SEA KL2017 hasil sokongan masyarakat

- Oleh Helmi Talkah

Bahang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semakin dirasai dengan lagu tema rasmi Bangkit Bersama dilancarka­n di pusat membeli belah terkemuka Pavilion di sini, semalam.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer terkemuka negara, Datuk Ramli MS itu akan dinyanyika­n penyanyi popular tanah air, Dayang Nurfaizah.

Ia akan menjadi lagu tema utama sepanjang temasya dwitahunan itu yang akan membuka tirai secara rasmi pada 19 Ogos ini.

Sebelum ini, dua lagu tema KL2017 sudah dilancarka­n iaitu Tunjuk Belang nyanyian Monoloque, Azlan dan Malique serta lagu So Many Hands oleh Mia Palencia bagi iklan rasmi KL2017.

Sokongan masyarakat

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menyempurn­akan majlis itu berkata, ia adalah kali pertama pihaknya mengambil langkah membabitka­n orang ramai dalam penciptaan lagu tema bagi temasya sukan terbesar di rantau Asia Tenggara itu.

“Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini (semalam) saya persembahk­an lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua peminat.

“Nyanyikanl­ah dengan penuh rasa bangga agar semangat itu dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama atlet,” katanya.

Khairy turut mengalualu­kan kehadiran Pavilion selaku penaja perak iaitu kategori penajaan antara RM1 hingga 3 juta.

Pavilion turut menampilka­n satu gimik tersendiri dengan pelancaran pameran seribu patung maskot rasmi temasya iaitu RIMAU.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] ?? Khairy (kiri) bersama Ramli MS dan Dayang Nurfaizah pada majlis pelancaran muzik video dan arca rimau, semalam.
[ FOTO MAHZIR MAT ISA/BH ] Khairy (kiri) bersama Ramli MS dan Dayang Nurfaizah pada majlis pelancaran muzik video dan arca rimau, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia