Berita Harian

Kuartet tak terjejas tanpa Komalam

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya peluang kuartet 4x100 meter wanita negara untuk melakar kejayaan pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) tidak terjejas biarpun dipalit dengan kontrovers­i membabitka­n seorang atlet acara itu, S Komalam Shay yang digugurkan kerana masalah disiplin.

Beliau berkata, penggugura­n Komalam dibuat mengikut saluran yang betul dan sebab-sebab yang munasabah seperti yang dimaklumka­n oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Keputusan ini dibuat oleh pihak pengurusan olahraga sendiri yang memaklumka­n kepada MSN dan MOM.

“Ia keputusan yang dibuat mengikut saluran yang betul, jadi saya tidak mahu campur tangan kerana ia adalah keputusan pengurusan itu sendiri atas sebab-sebab tertentu.

“Sebagai menteri, soalan pertama saya kepada pihak pengurusan adakah keputusan ini nanti akan menjejaska­n peluang kuartet kita tetapi saya mendapat jawapan yang munasabah.

Peluang tidak akan terjejas

“Malah, kita juga ada pengganti yang sesuai bagi mengambil tempat Komalam dan peluang kita tidak akan terjejas,” kata Khairy ketika ditemui selepas pelancaran lagu tema KL2017 ‘Bangkit Bersama’ di sini, semalam.

Pengurus pasukan olahraga negara ke Sukan SEA, Datuk Salim Parlan, semalam mengesahka­n Komalam digugurkan daripada kuartet 4x100m wanita kerana masalah disiplin yang mana dia didakwa cuba mengganggu keharmonia­n dalam pasukan.

Komalam adalah atlet yang membarisi kuartet negara ketika memecahkan rekod kebangsaan dalam acara itu pada saingan Terbuka Thailand, Jun lalu. Dia bersama Zaidatul Husniah Zulkifli, Siti Fatimah Mohamad dan Shereen Samson Vallabouy memperbaha­rui rekod kebangsaan dengan catatan 45.19 saat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia