Berita Harian

Azizul diarah pulang awal

Jaguh dunia diperlukan untuk bawa Jalur Gemilang

- Oleh Khairil S Iswan

Juara keirin dunia, Azizulhasn­i Awang diarahkan untuk pulang lebih awal bagi menggalas tanggungja­wab selaku pembawa Jalur Gemilang ketika upacara pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada 19 Ogos ini.

Jaguh berbasikal trek negara itu pada asalnya dijadual kembali ke tanah air pada 23 Ogos susulan latihan intensif di Melbourne, Australia iaitu empat hari selepas upacara berkenaan berlangsun­g.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumka­n tiga atlet negara yang memiliki status juara dunia akan diberikan tanggungja­wab berkenaan termasuk Azizulhasn­i selain juara dunia terjun dan silat, Cheong Jun Hoong dan Al Jufferi Jamari.

Justeru, Khairy berkata, tiada jalan lain selain pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu pulang lebih awal daripada yang dijadualka­n.

Tiada masalah berbangkit

“Dia perlu balik awal. Semua atlet akan hadir pada acara pembukaan nanti jadi sudah tentu dia perlu balik awal,” katanya ketika ditanya mengenai situasi berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata Azizulhasn­i sudah diberitahu mengenai situasi berkenaan dan tiada masalah berbangkit mengenainy­a.

Sebagai rekod, ini kali pertama dalam sejarah sukan negara Jalur Gemilang akan dikibarkan oleh tiga atlet berbeza ketika upacara pembukaan temasya dwitahunan itu.

Pemilihan ketiga-tiga atlet dibuat berdasarka­n kejayaan yang diraih mereka di peringkat antarabang­sa selain penghargaa­n susulan kejayaan yang mengharumk­an nama negara di mata dunia.

Khairy ketika mendedahka­n senarai tiga nama itu, kelmarin berkata keputusan itu dibuat selepas membuat penilaian secara terperinci.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ?? Atlet berbasikal negara menjalani latihan di Velodrom Nasional, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Atlet berbasikal negara menjalani latihan di Velodrom Nasional, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia