Berita Harian

Juara dunia berharap dapat bakar semangat

- Oleh Azlan Muhammad Zain

Kuala Lumpur: Jaguh keirin dunia Azizulhasn­i Awang berharap pemilihann­ya sebagai salah seorang pembawa Jalur Gemilang Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) akan membakar semangat kontinjen Malaysia memburu juara keseluruha­n pada edisi ke-29 itu.

Katanya, ia adalah satu penghormat­an kepada dirinya serta Al Jufferi Jamari dan Cheong Jun Hoong yang terpilih membawa Jalur Gemilang pada majlis pembukaan 19 Ogos ini.

The Pocket Rocketman berkata, dia amat menghargai dan berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memilih mereka bertiga.

“Sudah pasti ia adalah satu penghargaa­n dan tanggungja­wab yang besar kepada kami bertiga untuk kontinjen negara.

“Saya berharap kehadiran kami sebagai pembawa bendera akan menaikkan motivasi dan semangat juang rakan atlet untuk meraih sebanyak mungkin emas dalam memastikan Malaysia muncul juara keseluruha­n,” katanya.

Ketuai perarakan

Khairy malam kelmarin mengumumka­n tiga juara dunia berkenaan akan mengepalai perarakan kontinjen negara pada upacara pembukaan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Azizulhasn­i pada awalnya dijadual kembali ke Malaysia dari Melbourne pada 23 Ogos, namun akan kembali lebih awal bagi menyertai upacara perasmian.

“Saya masih belum dapat tarikh tepat bila akan kembali ke Malaysia, namun mungkin satu atau dua hari sebelum upacara pembukaan,” katanya.

Azizulhasn­i yang menjalani latihan di Melbourne di bawah kendalian ketua jurulatih John Beasley dijadual menyertai acara keirin dan pecut individu di Velodrom Nasional pada Sukan SEA nanti.

Dia dijangka mengetuai tuaian emas skuad berbasikal negara yang disasarkan meraih 13 emas bagi memastikan Malaysia muncul juara keseluruha­n nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia