Berita Harian

Semua sukan berpeluang raih pingat emas: Marina

- Oleh Jumiati Rosly

Nilai: Tiada istilah lubuk emas bagi atlet negara di Sukan SEA Kuala Lumur 2017, kata ketua kontinjen negara, Datuk Marina Chin.

Beliau menganggap semua jenis sukan yang bertanding sama rata dari segi peluang kontinjen negara.

“Saya sebagai kontinjen nampak semua sukan sebagai pasukan yang boleh menyumbang­kan emas kepada Malaysia.

“Pada pandangan saya, saya tidak akan meramalkan basikal sebagai lubuk emas atau sukan lain-lain sebagai lubuk emas kerana saya tahu itu akan memberi lebih tekanan kepada mereka (atlet),” katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan ke Velodrom Nasional di Nilai di sini, semalam.

Marina berkata, tindakan untuk menamakan sesetengah sukan sebagai lubuk emas adalah tidak adil bagi sukan yang lain.

Boleh fokus

“Atlet lain juga berlatih keras dan apa yang kita nak adalah wujudkan keadaan di mana mereka boleh fokus dan tidak berfikir halhal lain kecuali persembaha­n di Sukan SEA nanti,” katanya.

Kali terakhir acara trek dipertandi­ngkan di Sukan SEA Jakarta 2011 dengan kontinjen negara memenangi keseluruha­n tujuh emas, dua perak dan satu gangsa daripada acara trek dengan kali ini Malaysia bakal menganjurk­an acara trek di Velodrom Nasional yang baru dibina.

Mengenai pemilihan raja keirin dunia, Azizulhasn­i Awang sebagai antara pembawa Jalur Gemilang pada majlis perasmian temasya yang akan bermula 19 Ogos ini, Marina berkata ia adalah satu pengiktira­fan buat The Pocket Rocketman yang merangkul emas pada Kejohanan Trek Dunia di Hong Kong, April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia