Berita Harian

Tiada ancaman jerebu

KBS sentiasa pantau andai berisiko rencatkan kelancaran KL2017

- Oleh Khairil S Iswan

Tiada kebimbanga­n membabitka­n ancaman jerebu ketika ini tetapi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sentiasa melakukan pemantauan seandainya ia berisiko merencatka­n kelancaran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui berkata, beliau sudah mengadakan perbincang­an dengan pihak bertanggun­gjawab iaitu Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) mengenai situasi berkenaan.

“NRE sedang memantau situasi ini dan sekali pun ia bukan di bawah portfolio kementeria­n saya, saya sudah pun mengadakan perbincang­an dengan menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengenai situasi ini pada minggu lalu,” kata Khairy.

Indonesia tolak bantuan

“Dari segi penguatkua­saan dari negara punca jerebu, kita lihat ada banyak peningkata­n berbanding tahun-tahun sebelum ini. Jika kita lihat gambar satelit mengenai titik panas, banyak yang dapat dibendung dalam tempoh 24 jam.

“Saya harap pihak Indonesia dapat bendung perkara ini supaya tidak beri kesan. Saya agak mereka juga rasa jika ia akan jejaskan Sukan SEA ia akan memalukan mereka kerana mereka juga bertanding di sini.”

Mengulas lanjut, Khairy berkata Malaysia tidak menawarkan bantuan kepada Indonesia untuk menangani situasi berkenaan kerana negara itu sentiasa menolak bantuan yang ingin diberikan.

Media semalam melaporkan, pihak berkuasa Indonesia terutama di lima wilayah yang terjejas teruk akibat jerebu terpaksa mengeluark­an arahan untuk menembak mana-mana individu yang didapati sengaja melakukan pembakaran hutan.

Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) melaporkan, lima wilayah berkenaan terpaksa mengisytih­arkan darurat berikutan kebakaran hutan yang semakin berleluasa dan peningkata­n jumlah titik panas sejak seminggu lalu.

Edisi ke-29 Sukan SEA dijadualka­n bermula pada 19 Ogos ini dan menutup tirainya pada 30 Ogos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia