Berita Harian

‘Saya hanya berada di lobi’

Soon Huat jumpa kawan untuk selesai masalah peribadi

- Oleh Ferzalfie Fauzi

“Saya bukan keluar jauh pun hanya di lobi,” kata pemain beregu campuran negara, Goh Soon Huat berhubung kenyataan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo kelmarin apabila mengesahka­n ada atlet negara melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissanc­e (penginapan rasmi kontinjen negara).

Soon Huat berkata, ketika kejadian (Sabtu malam) dia dan rakan sebilik, Iskandar Zulkarnain Zainuddin baru pulang dari menyertai Kem Perhimpuna­n Atlet Sukan SEA kira-kira jam 10 atau 11 malam.

“Saya tengok rakan sebilik, Iskandar sudah letih dan mahu tidur, jadi saya mengambil keputusan bercakap telefon di luar bilik dan terserempa­k dengan pengurus pasukan, Mat Rashid Jahlil namun saya menjelaska­n mahu berbicara sebentar bersama rakan sebelum tidur,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Semakin panas

Pemain kelahiran Melaka itu berkata, perbualann­ya bersama rakan menjadi semakin panas dan mereka bergaduh di dalam talian.

“Saya memberitah­u kepada rakan saya, kami dilarang meninggalk­an kem latihan. Jadi dia bersetuju untuk datang mengambil barang, mendengar penjelasan saya dan menyelesai­kan isu pergaduhan.

“Dia tidak tahu tempat ini, saya pun keluar di kawasan lobi untuk tunggu dia.

“Selepas kami berbincang dalam jam 3 pagi, saya pun naik semula ke bilik. Saya bukannya keluar jauh pun. Hanya di luar hotel,” katanya yang akan berganding­an bersama Shevon Lai di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Soon Huat berkata, pada mulanya memang dia ada berasa sedikit terganggu kerana tidak menyangka perkara ini akan menjadi isu besar.

“Selepas itu saya mula fokus kepada diri saya sendiri dan setakat ini persiapan saya bersama Shevon berjalan lancar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia