Berita Harian

Tindakan Soon Huat tidak terlalu serius

-

Kuala Lumpur: Pengurus pasukan skuad badminton negara di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Mat Rashid Jahlil berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pemain beregu campuran, Goh Soon Huat dan berharap perkara berkenaan menjadi iktibar buat semua pemain.

Katanya, beliau sudah memanggil Soon Huat dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan iaitu bukan keluar dari hotel tetapi hanya turun di kawasan lobi untuk berjumpa dengan rakan selepas berlakunya pertengkar­an melalui percakapan di telefon.

“Dia sudah diberikan amaran dan berharap tidak mengulangi lagi perkara ini. Bukan saja dia seorang saja tapi semua pemain negara.

“Kami mempunyai

'Whatsapp Group' dan saya berkongsi semua maklumat berkaitan perkara ini kepada pemain lain, jurulatih serta pegawai Persatuan

Badminton Malaysia

(BAM).

“Apabila berkongsi maklumat ini, saya berharap ia diambil berat oleh semua pihak dan Soon Huat sendiri bersama pemain lain berjanji untuk tidak mengulangi perkara sama,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.

Masih boleh dimaafkan

Mat Rashid berkata, beliau sudah memaklumka­n perkara ini kepada Pegawai Majlis Sukan (MSN) dan Sukan SEA secara lisan namun masih belum melakukann­ya secara bertulis atau rasmi.

“Bagi saya perkara ini bukannya sangat besar kerana kejadian berlaku malam Sabtu dan mereka tidak mempunyai latihan pada keesokan harinya.

“Setakat di lobi ia masih boleh dimaafkan tapi perkara ini tetap akan dibincangk­an dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han & Latihan (C&T) esok (hari ini).

“Ia bergantung kepada ahli jawatankua­sa sama ada akan memberi surat amaran atau hukuman kepada Soon Huat. Bagi saya dia datang berjumpa saya dan mengaku mengenai perkara ini ia satu pengajaran yang baik,” katanya.

 ??  ?? Goh Soon Huat
Goh Soon Huat
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia