Berita Harian

PROTON kekal milik Malaysia

Pelantikan warga asing sebagai pengerusi tak jejas status

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Kuala Lumpur

Proton Holdings Bhd (PROTON) masih lagi berstatus syarikat Malaysia dan pengeluar kenderaan nasional walaupun melantik pengerusi warga asing untuk menerajui transforma­si syarikat.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kerajaan tiada kuasa untuk campur tangan dalam soal pelantikan Pengerusi PROTON dan ia terserah kepada lembaga pengarah syarikat.

Namun, katanya, sejajar dengan pasaran terbuka, syarikat Malaysia seharusnya keluar daripada kepompong terlalu fokus kepada bakat tempatan sehingga menyebabka­n mereka ketinggala­n. “Tidak timbul isu siapa atau dari mana pengerusi dilantik, kini sudah banyak syarikat Malaysia yang memiliki pengerusi atau pengurusan­nya daripada orang asing seperti Sime Darby dan PETRONAS yang melabur untuk memiliki bakat luar.

Miliki kepakaran

“Kita kena terbuka (dalam soal ini) dan melabur untuk memiliki kepakaran yang tepat bagi memacu perkembang­an syarikat,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Program GLC Explorace 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan BH, Sabtu lalu berhubung langkah Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mencari calon antarabang­sa sesuai bagi mengisi jawatan pengerusi dalam PROTON.

Laporan itu memetik portal industri automotif China, Gasgoo yang melaporkan Naib Presiden Geely, Yang Xueliang mengesahka­n jawatan berkenaan belum diisi walaupun timbul spekulasi tokoh permotoran terkenal China, iaitu Li Chun Rong bakal dilantik untuk mengisi jawatan terbabit.

Berita itu kemudian menjadi viral ekoran tercetusny­a kecurigaan berhubung status terkini PROTON sebagai syarikat Malaysia selepas Geely mengambil alih sebanyak 49.99 peratus pegangan dalam PROTON menerusi urus niaga bernilai RM460.3 juta, pada 23 Jun lalu.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Mustapa (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah MITI pada majlis GLC Explorace 2017 Cemerlang Mendepani Dunia Digital di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Mustapa (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah MITI pada majlis GLC Explorace 2017 Cemerlang Mendepani Dunia Digital di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia