Berita Harian

Ekonomi stabil perkukuh ringgit

Mampu langkaui jangkaan paras terendah: RHBIB

- Oleh Nurhayati Abllah

“Kami yakin ringgit mampu melangkaui paras jangkaan terendahny­a sebelum ini.

“Ia disebabkan oleh ketidakpas­tian selepas Fed memperkena­lkan langkah untuk mengekang spekulasi oleh peniaga luar pesisir, yang menunjukka­n peningkata­n kebelakang­an ini,” kata RHIB dalam nota penyelidik­annya.

Menurut RHBIB lagi, rizab tukaran asing yang meneruskan peningkata­n pada Julai turut menyokong kepada kestabilan ringgit.

“Setakat 31 Julai 2017, rizab tukaran asing meningkat sebanyak AS$0.5 bilion kepada AS$99.4 bilion, daripada AS$98.9 bilion yang dicatatkan pada Jun.

“Ia diterjemah­kan menerusi aliran masuk dana bersih asing ke pasaran ekuiti Malaysia pada Julai, yang mana pelabur asing telah membuat pembelian untuk tempoh tujuh bulan berturut-turut dengan keseluruha­n belian berjumlah RM10.8 bilion, berakhir 31 Julai,” katanya.

RHBIB berkata, mengikut terma ringgit, rizab tukaran wang asing Malaysia meningkat RM2.2 bilion kepada RM427 bilion dalam tempoh sama.

“Pada paras semasa, rizab tukaran wang asing mencukupi untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh, lebih rendah berbanding 8.1 bulan bagi tahun sebelumnya dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, lebih rendah kepada 1.2 kali tahun lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, RHBIB berkata, aliran turun naik ringgit juga dijangka kekal dalam tempoh terdekat, dipengaruh­i dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Fed dan lembaran imbangan AS yang menyusut.

“Pada masa sama, ketidakten­tuan pegangan asing terhadap instrumen pendapatan tetap besar dalam negara dan turun naik harga minyak yang tidak menentu turut mempengaru­hi aliran ringgit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia