Berita Harian

Panasonic lancar penyaman udara siri AERO

-

Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) melancarka­n rangkaian lengkap siri AERO, penyaman udara unit berasingan pemasangan dinding.

Ia adalah kesinambun­gan daripada kejayaan pelancaran penyaman udara Siri SKY pada tahun lalu yang mengukuhka­n lagi kedudukan penyaman udara Panasonic sebagai jenama yang dipercayai dan terkemuka di negara ini.

Pengarah Urusan Panasonic, Cheng Chee Chung, berkata selepas memperkuku­hkan kewujudan kami di negara ini, pihaknya memperkena­lkan pula siri terbaru AERO untuk terus mengukuhka­n kedudukan Panasonic dalam pasaran penyaman udara.

“Siri baharu ini dilengkapi dengan teknologi terkini untuk membawa keselesaan secara langsung dan tidak langsung ke dalam rumah.

“Selain itu, siri AERO juga juga mempunyai ciri kawalan aliran udara serba boleh, kemasan mutiara berkilau, rekaan yang nipis dan anggun serta sistem penulenan udara nanoe-g,” katanya dalam satu kenyataan di Petaling Jaya, semalam.

Penyaman udara Panasonic direka untuk menyediaka­n udara yang nyaman, bersih dan selesa dalam setiap rumah.

Menurut Chee Chung lagi, pihaknya sentiasa berusaha mencipta inovasi supaya dapat memenuhi peningkata­n permintaan daripada pengguna yang mahukan penyaman udara cekap dan memberi nilai untuk wang.

“Siri SKY dan AERO akan memperkasa­kan pengguna dengan lebih kawalan ke atas aliran udara bagi mencipta ruang kehidupan yang bukan sahaja lebih nyaman dan selesa tetapi juga menepati keperluan dan keinginan mereka,” katanya.

Siri AERO ditawarkan dalam rangkaian lengkap untuk model tunggal-berasingan inverter premium dan model standard bukan-inverter.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai penyaman udara baharu ini dan promosi terkini yang disediakan, pembeli boleh mengunjung­i kedai Panasonic berhampira­n atau layari lawan web http://aircon.panasonic.com.

 ??  ?? Cheng Chee Chung
Cheng Chee Chung

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia