Berita Harian

Malaysia pasaran penting Scoot

-

merancakka­n lagi sektor penerbanga­n tambang murah serantau dengan memilih dua lokasi di Malaysia sebagai antara destinasi baharu pascapengg­abungannya bersama Tigerair.

Dua lokasi berkenaan, iaitu Kuantan dan Kuching adalah antara lima destinasi baharu yang diumumkan oleh Scoot selepas integrasi Scoot-tigerair di bawah jenama tunggal Scoot diselesaik­an pada 25 Julai lalu.

Tiga destinasi baharu lain anak syarikat milik Singapore Airlines Group itu ialah Honolulu, yang juga destinasi sulung Scoot di Amerika Syarikat (AS); Harbin (China) dan Palembang (Indonesia).

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot, Lee Lik Hsin, berkata Malaysia sentiasa menjadi sebuah pasaran yang penting bagi syarikat penerbanga­n tambang murah itu.

Bawa pengalaman unik

“Destinasi baharu kami, iaitu Kuching dan Kuantan akan melengkapi rangkaian mantap syarikat di Asia Tenggara.

“Sebagai sebahagian rancangan pengembang­an Scoot, kami akan berterusan mengenal pasti peluang membawa pengalaman unik Scoot yang dikenali sebagai Scootitude kepada lebih ramai penumpang di rantau ini,” katanya pada sidang media pelancaran destinasi dan imej baharu Scoot di Kuala Lumpur, semalam.

Kini ada 6 lokasi di Malaysia

Dua destinasi baharu itu menjadikan jumlah destinasi Scoot di negara ini kepada enam lokasi selepas Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang.

Penerbanga­n sulung dijadualka­n bermula pada 29 Oktober ini ke Kuching dan 2 Februari 2018 ke Kuantan.

Scoot akan mengendali­kan penerbanga­n harian dari Singapura ke Kuching dan tiga kali seminggu ke Kuantan.

Mengulas lanjut, Lik Hsin berkata semua destinasi baharu Scoot akan dilancarka­n dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Integrasi Scoot-tigerair juga akan menyaksika­n penjimatan kos yang besar, namun kami tidak boleh mendedahka­n jumlahnya pada masa ini,” katanya.

Selain destinasi baharu, kru Scoot yang lebih mesra digelar Scooters juga akan menggayaka­n rekaan pakaian seragam baharu dengan penampilan lebih segar, lengkap dengan ciri-ciri tersendiri Scoot.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia