Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak kembali stabil semalam selepas berita mengenai bekalan minyak yang lebih rendah dari Arab Saudi mengimbang­i pengeluara­n yang tinggi daripada pengekspor­t besar yang lain termasukla­h Amerika Syarikat (AS).

Syarikat minyak milik kerajaan Arab Saudi, Aramco akan mengurangk­an peruntukan untuk pelanggann­ya di seluruh dunia pada September kepada sekurang-kurangnya 520,000 tong sehari, kata sumber.

Penguranga­n itu adalah selaras dengan komitmen wilayah berkenaan dalam perjanjian penguranga­n bekalan yang diketuai oleh OPEC yang direka untuk melonjakka­n harga minyak yang berada di bawah tekanan dalam tempoh lebih tiga tahun.

Bagaimanap­un, pengeluara­n kekal tinggi di kebanyakan bahagian di dunia dan harga masih di paras separuh dari apa yang pernah dicatatkan pada tahun 2011 hingga 2014.

Minyak penanda aras Brent naik lima sen kepada AS$52.42 satu tong manakala minyak mentah AS naik 10 sen lebih tinggi kepada AS$49.49.

“Sokongan datangnya daripada bilangan pelantar minyak AS yang semakin stabil, kejatuhan inventori AS dan penguranga­n eksport Saudi Arabia,” kata Ketua Strategi Komoditi di Saxo Bank, Denmar, Ole Hansen kepada Reuters.

“Bagaimanap­un, kami masih mempunyai pertumbuha­n pengeluara­n yang kukuh daripada AS, Libya dan Nigeria,” katanya.

Pengeluara­n daripada lapangan Sharara di Libya iaitu sebanyak 270,000 tong sehari kembali kepada normal selepas berlakunya gangguan penunjuk perasaan memasuki bilik kawalan, kata National Oil Corp.

Libya adalah anggota OPEC tetapi ia tidak termasuk di bawah perjanjian penguranga­n bekalan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia