Berita Harian

Prestasi Wall Street tidak banyak bantu pasaran Asia

-

rut-turut pada Isnin lalu.

Bagaimanap­un, bursa serantau menunjukka­n prestasi agak perlahan dalam dagangan musim panas selepas mencatatka­n keuntungan pada Isnin lalu.

Di Tokyo, yen yang semakin kukuh memberikan lebih banyak keuntungan kepada pengekspor­t dan membantu mengurangk­an ekuiti berikutan kebangkita­n dolar AS dalam data pekerjaan AS yang semakin kukuh.

Nikkei ditutup rendah 0.3 peratus, juga dipengaruh­i oleh prestasi gergasi teknologi, Softbank yang susut ke paras negarif sejurus mengumumka­n kejatuhan untung bersihnya pada bulan April hingga Jun.

Bagaimanap­un, Hong Kong meneruskan dagangan berikutan pelabur yang dilihat bersedia untuk mengaut lebih banyak keuntungan daripada saham mewah termasukla­h China Mobile.

Penganalis­is berkata kenaikan terbaru di AS dan Asia telah dipacu oleh laporan korporat yang kukuh.

“Mesej daripada ketua eksekutif korporat di seluruh dunia adalah jelas dan lantang,” kata Ketua Strategi Pasaran di IG Markets, Chris Weston.

“Mereka tidak bimbang dengan Trump, masalah geopolitik atau sekatan dagangan.

“Apa yang mereka lihat hanyalah pertumbuha­n pendapatan sebagai sasaran utama dan pelabur ekuiti juga bersetuju dengan unjuran ini,” katanya.

Pemerhati pasaran juga sedang meninjau sama ada indeks saham mewah AS boleh melepasi keuntungan besar yang berlaku buat kali terakhir pada Januari 1987, katanya.

Saham Shanghai sedikit berubah apabila angka rasmi menunjukka­n pertumbuha­n dagangan di China pada Julai berada di bawah jangkaan selepas beberapa bulan menunjukka­n momentum stabil.

“Walaupun berlakunya peningkata­n pada akhir suku kedua, pertumbuha­n dagangan kini me kata Penganalis­is Ekonomi China, Julian Evans-pritchard.

Bagaimanap­un, kadar import dan eksport masih kukuh tahun ke tahun dengan import meningkat 11 peratus dan pertukaran dramatik dalam negara dagangan terbesar dunia kepada ekonomi pengguna menjadi teras utama pertumbuha­n global.

Sydney dan Seoul juga mengakhiri dagangan dengan penutup yang rendah dan saham Eropah dibuka bercampur-campur selepas sesi dagangan yang mengejutka­n berlaku di Asia Pasifik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia