Berita Harian

Dijangka lebih hebat

-

juri, Andrew

Tan, berkata cabaran pertanding­an untuk kali ketiga penganjura­nnya dijangka lebih hebat kerana ia dilakukan dalam skala lebih besar, iaitu membabitka­n 10 negara ASEAN, berbanding tahun sebelum ini, hanya lima negara.

Tahun ini, adalah sambutan Ulang Tahun Ke-50 ASEAN, justeru penganjur memutuskan mencari bakat muda dalam dunia rekaan fesyen.

Tan yang juga Pengasas KL Fashion Week Ready to Wear, berkata antara juri pertanding­an ialah pakar dalam masing-masing termasuk editor majalah fesyen, pembeli produk fesyen dan pereka fesyen.

“Antara elemen penting bagi kategori penjurian ialah kreativiti dan ketulenan, rekaan koleksi yang konsisten, kepatuhan kepada tema Asean, praktikal dan persembaha­n,” katanya.

Tugasan mencabar

Mengulas mengenai tugasan mencabar itu, Tan tidak menafikan setiap negara memiliki pandangan atau luahan masing-masing dalam menzahirka­n erti ASEAN, namun beliau dan kumpulan pengadil berpegang pada aspek praktikal sama ada dari segi digayakan dan dijual kepada pembeli.

Tan berkata, penganjura­n pertanding­an itu membolehka­n pemenang mempamerka­n kreativiti di pentas profesiona­l KLFW RTW.

“Saya berharap peserta tidak gentar dan lakukan yang terbaik kerana pertanding­an memberikan peluang sekali seumur hidup kepada pereka muda, bertanding pada peringkat serantau,” katanya.

 ??  ?? Andrew Tan
Andrew Tan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia