Berita Harian

Anak-beranak kumpul Transforme­rs

Dua beradik ikut jejak ayah jadi pengumpul koleksi sejak 10 tahun lalu

-

Menonton filem bercorak sains fiksyen memang meninggalk­an kesan besar kepada penonton.

Keunikan watak yang direka khas dalam filem ini cukup unik. Ini menyebabka­n pengikut atau peminat tegar mahu meniru watak rekaan khas itu.

Tidak cukup dengan itu, ia turut mendorong penonton untuk mengumpulk­an replika watak itu sebagai koleksi peribadi.

Antaranya ialah dua beradik bersama bapanya ini yang sudah 10 tahun menjadi pengumpul koleksi Transforme­rs.

Hobi bapa mereka mengumpul barangan lama dan klasik mencetuska­n minat dua beradik dari Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang apabila mengikut jejak orang tuanya itu selepas terjebak menjadi pengumpul pelbagai koleksi figura antaranya Transforme­rs.

Sheikh Muhammad Afiq Sheikh Mokhtar, 18 dan adiknya Sheikh Khalil, 17 masing-masing mempunyai minat untuk menghimpun koleksi adiwira berkenaan lalu selepas bapanya, Sheikh Mokhtar Sheikh Ali turut mengumpulk­an beberapa replika figura popular itu.

Beli guna duit raya

Sheikh Muhammad Afiq atau Afiq berkata, kegilaanny­a menonton filem Transforme­rs dalam setiap siri melonjakka­n minatnya untuk mempunyai keseluruha­n koleksi adiwira itu apatah lagi gemar melihat keunikan sisi reka bentuk replika figura terbabit.

“Hobi ini tercetus apabila ayah yang juga pengumpul barangan klasik turut mengumpul koleksi adiwira ini.

“Kami tertarik dengan idea ayah menjadi pengumpula­n barangan antik.

“Minat ini tidak diduga apabila duit raya yang diperoleh setiap tahun, saya dan adik pasti akan membeli koleksi sedikit demi sedikit dengan dibantu ayah,” katanya.

Cipta diorama jadi lebih menarik

Semangat anak beranak ini menjadi pengumpul replika Transforme­rs dirasakan berbaloi apabila koleksi mereka dapat dilihat oleh orang ramai menerusi Pameran Koleksi Transforme­rs di Pasaraya Mydin, Seberang Pra, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pastinya dalam pameran ini, ramai pengunjung tidak kira usia teruja dengan setiap koleksi yang dipamerkan.

Afiq yang juga anak sulung daripada empat beradik itu, berkata hobi mengumpul koleksi adiwira itu juga bukan sia-sia tetapi ia juga boleh menjana keuntungan melalui kreativiti si pengumpul.

Dia yang kini mempunyai kira-kira 350 koleksi watak Transforme­rs turut menghasilk­an ‘diorama’ iaitu mengolah replika asal watak daripada filem itu ke reka bentuk yang lebih eksklusif ditambah dengan persembaha­n luar biasa.

“Melalui diorama ini menjadikan modal untuk saya membeli dan menambah koleksi Transforme­s apatah lagi saya kini hanya bekerja sambilan manakala adik pula masih belajar di Tingkatan Lima.

“Hobi mengumpul ini membuatkan seseorang itu lebih kreatif dan sentiasa ada sahaja idea baharu yang boleh menjana sesuatu kepada individu berkenaan jika dia berusaha dan berkeingin­an mendapatka­n apa yang dia mahu,” katanya.

Selain Transforme­rs, Afiq dan Sheikh Khalil turut mengumpul koleksi adiwira lain

seperti Kamen Rider, Ultraman dan Robot Gundam.

Pengumpul barangan lama

Bagi, Sheikh Mokhtar, dia tidak pernah menghalang hobi dua anaknya itu apabila mempunyai minat sama dengan dirinya.

“Saya dahulu bermula dengan mengumpul komik lama kemudian gitar dan barangan klasik lain sebelum mempunyai minat mengumpul koleksi replika adiwira ini.

“Pada mulanya, saya ingat hobi ini sudah terhenti berikutan barangan yang dikumpul saya sebelum ini habis musnah akibat banjir, namun minat ini masih berkobar selepas berpindah ke rumah baharu serta ia diikuti dua anak lelaki saya,” katanya.

Boleh jana pendapatan

Sementara itu, Penganjur Pameran Transforme­rs, Muhammad Anis Fakhri Mohd Nesfu, berkata lebih 400 koleksi Transforme­rs dipamerkan membabitka­n tujuh pengumpul memeriahka­n program yang julung kali diadakan di Seberang Prai.

Katanya, pihaknya menyediaka­n pelbagai aktiviti berkaitan Transforme­rs yang boleh disertai pengunjung hingga ia secara tidak langsung mengakrabk­an hubungan keluarga.

“Menjadi pengumpul figura hingga kini mempunyai lebih 1,000 koleksi memberikan saya idea untuk menghimpun­kan lebih banyak pengumpul yang mempunyai minat sama hingga terbentukn­ya pameran seperti ini.

“Ia juga adalah mahu menginspir­asikan kepada semua orang bahawa hobi ini juga tidak hanya kepada orang yang berduit tetapi siapa sahaja boleh jika mempunyai minat mendalam,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan pengumpul koleksi Transforme­rs bukan daripada keluarga yang senang tetapi melalui minat yang ada pada mereka memberi idea untuk menjana pendapatan sampingan sekali gus dapat memiliki lebih banyak koleksi.

 ??  ??
 ??  ?? Hampir 500 koleksi berharga daripada pengumpul koleksi Transforme­rs dipamerkan di Mydin Mall, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.
Hampir 500 koleksi berharga daripada pengumpul koleksi Transforme­rs dipamerkan di Mydin Mall, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.
 ??  ?? Sheikh Mokhtar (tengah) bersama Sheikh Khalil (kiri) dan Sheikh Muhammad Afiq men
Sheikh Mokhtar (tengah) bersama Sheikh Khalil (kiri) dan Sheikh Muhammad Afiq men
 ?? [ FOTO AMIR IRSYAD OMAR / BH ] ?? nunjukkan sebahagian koleksi Transforme­rs yang dipamerkan.
[ FOTO AMIR IRSYAD OMAR / BH ] nunjukkan sebahagian koleksi Transforme­rs yang dipamerkan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Sheikh Muhammad Afiq bersama sebahagian koleksinya pada Pameran Koleksi Transforme­rs. Muhammad Anis Fakhri (baju merah) menerangka­n mengenai koleksi Transforme­rs miliknya pada Pameran Koleksi Transforme­rs di Mydin Mall,
Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.
Sheikh Muhammad Afiq bersama sebahagian koleksinya pada Pameran Koleksi Transforme­rs. Muhammad Anis Fakhri (baju merah) menerangka­n mengenai koleksi Transforme­rs miliknya pada Pameran Koleksi Transforme­rs di Mydin Mall, Jalan Baru Prai, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia