Berita Harian

Enggan ikut ibu bapa pindah ke pinggir bandar

-

Sudah menjadi kebiasaan bagi bakal pesara untuk memikirkan mengenai kehidupan selepas pencen. Mereka selalunya memilih untuk menikmati kehidupan lebih tenang berbanding dengan keadaan ketika mereka bekerja.

Di dalam hal ini, ibu bapa Anies juga mungkin memikirkan bahawa kehidupan selepas bersara adalah lebih selesa untuk tinggal di rumah nenek yang terletak di pinggir bandar serta jauh daripada kesibukan kota.

Bagi Anies pula, keputusan itu tidak memihak kepada cara gaya kehidupan orang muda. Anies lebih selesa tinggal di rumah keluarga dan di kawasan bandar kerana kemudahan sedia ada memberi kebaikan kepada Anies.

Apa yang perlu Anies lakukan sekarang ini ialah berbincang dengan ibu bapa mengenai hasrat Anies untuk tidak mengikuti mereka berpindah ke rumah nenek hujung tahun ini.

Beri alasan munasabah

Namun, ketika berbincang dengan ibu bapa, carilah masa yang sesuai supaya mereka bersedia mendengar hasrat dan luahan Anies.

Berilah alasan yang munasabah dan jelas kepada mereka mengapa Anies lebih selesa untuk tinggal di rumah sekarang. Mungkin, Anies boleh menerangka­n kepada mereka mengenai kekangan Anies apabila tinggal di pinggir bandar.

Berikan alasan konkrit seperti membuat perbanding­an tambang pengangkut­an atau masa yang lebih perlu diambil untuk ke tempat kerja sekiranya Anies tinggal jauh dari tempat kerja.

Berbanding dengan kea- membeli-belah di bandar.

Semasa Anies berbincang dengan ibu bapa mengenai perkara ini, berbincang­lah dengan mood yang santai dan mungkin boleh selitkan humor sedikit agar perbualan tidak menjadi tegang atau mengecilka­n hati mana-mana pihak.

Gunakanlah kemahiran memujuk supaya ibu bapa Anies dapat memberikan peluang kepada Anies untuk mula berdikari dengan membenarka­n Anies tinggal di rumah di ibu kota nanti.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia