Berita Harian

Konsep berbeza

-

Hadir sama kumpulan Raihan dan pengurus Ramli yang juga penerbit konsert berkenaan, Juriah Banding. Selain Raihan, konsert itu turut dijayakan Ratu Rock, Ella.

Tidak ketinggala­n, pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim dijemput untuk membacakan puisi manakala pemain gitar handalan, Man Kidal turut beraksi dalam konsert istimewa itu.

Perodua Axia menanti penonton bertuah

Walaupun reda dengan apa yang berlaku, namun Ramli yang mendapat jolokan

Papa Rock menganggap ia pengalaman berharga. Insiden ini menjadikan dirinya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Jika selepas ini ada pihak mahu tampil sebagai penaja, biarlah ia disertai dengan hitam putih supaya tidak berlaku lagi kejadian seperti ini,” katanya.

Berikutan pertukaran konsep iaitu daripada sebuah konsert ke malam gala, Ramli meminta penonton terutama yang membeli tiket untuk konsert dapat menyesuaik­an diri dengan situasi itu.

“Saya faham, konsep malam gala pastinya berbeza dengan konsert yang agak bebas. Ini kerana penonton boleh menari dan menyanyi berbanding malam gala yang agak terbatas.

“Jika mereka enggan menyaksika­n malam gala, ada pilihan untuk mereka menuntut kembali wang yang dibayar,” ujar penyanyi berusia 65 tahun ini.

Konsert yang mendapat sokongan padu PWTC dan Perodua itu turut menawarkan sebuah kereta Perodua Axia sebagai hadiah cabutan bertuah.

Menurut Ramli, tiket jualan Konsert

Gala Pelarian amat memberangs­angkan dan jualan sudah pun mencecah 50 peratus.

“Memandangk­an konsert hanya dilakukan sehari, penganjur menyediaka­n tambahan sebanyak 200 kerusi untuk penonton yang ingin menyaksika­n persembaha­n itu,” katanya.

Sebanyak lima kategori meja dari harga RM15,000 (semeja) hingga RM2,000 (semeja) dijual dan untuk membuat tempahan boleh menghubung­i hotline 03-21706333.

 ??  ?? Ramli dan Ella membuat persembaha­n pada sidang media pertama konsert pada Mei lalu.
Ramli dan Ella membuat persembaha­n pada sidang media pertama konsert pada Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia