Berita Harian

Berserah soal jodoh

Pada usia 33 tahun, Zizan sedia galas tanggungja­wab sebagai suami

-

Meraikan hari jadi ke-33 pada 15 April lalu, bintang popular, Zizan Razak mengaku sudah mula memikirkan soal kahwin dan kesediaan menggalas tanggungja­wab sebagai suami.

Seperti jejaka lain yang mendambaka­n cinta sejati, Zizan atau nama penuhnya, Mohd Razizan Abdul Razak berharap dipertemuk­an calon sesuai untuk disunting menjadi suri hidup.

Pernah beberapa kali putus cinta, ada yang menganggap jodoh Zizan ‘berat’. Namun, bagi

Zizan, dia hanya mahu terus berdoa agar niatnya untuk menamatkan zaman bujang tercapai.

Sambil berseloroh mungkin dirinya perlu ‘mandi bunga’, Zizan percaya kepada kuasa Allah.

“Pasal jodoh, saya tidak pernah berniat hingga nak ‘mandi bunga’. Ketika ini pun, bukan tiada (wanita) yang berkenan di hati. Cuma saya tidak pasti apakah lanjutan (kesudahan) hubungan itu .... menjadi atau tidak. Saya hanya mampu berdoa.

“Saya sentiasa percaya Tuhan sudah meletakkan perkara yang terbaik dalam hidup saya sampai sekarang. Belum ada rezeki berkahwin, tapi ada hal lain yang sudah membahagia­kan saya.

Sedia galas tanggung jawab

“Memang saya tak mampu menebak bila akan berkahwin. Bukan esok, minggu depan atau mungkin dua tahun lagi... saya tak tahu. Semua itu ketentuan-nya,” katanya.

“Islam juga meminta kita solat Istikharah dalam mempertimb­angkan hal jodoh... selebihnya kita berdoa. Saya sentiasa berdoa dipertemuk­an dengan bakal isteri yang sesuai dan memahami diri ini,” katanya.

Tambah Zizan, jodoh baginya adalah rahsia terbesar Allah.

“Apakan daya, semua itu adalah di luar kawalan diri. Saya sentiasa percaya Allah sudah menetapkan jodoh terbaik. Andai ditanya, saya sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai suami.

“Pada usia sekarang, sudah tiba masanya untuk saya memikirkan soal jodoh dengan lebih serius. Saya hanya mampu merancang, namun semua itu rahsia Allah.

“Sebagai hamba, saya hanya mampu berdoa supaya impian ini menjadi kenyataan,” katanya.

Sangkal dakwaan tak eksklusif

Lebih sedekad mengabdika­n diri dalam dunia seni, Zizan terbukti sudah mencapai impian menjadi bintang filem.

Sejak mula berlakon, Zizan dilihat lebih cenderung memilih medium layar perak untuk berkongsi bakat, berbanding kaca televisyen (TV).

Namun, baru-baru ini, Zizan berganding dengan Mira Filzah dalam telefilem arahan Osman Ali berjudul

“Kali terakhir saya berlakon drama panjang adalah kira-kira tujuh tahun lalu melalui drama Chapalrela.

“Jika diikutkan, boleh dikira beberapa kali saja saya berlakon drama.

Saya memang nak jadi bintang filem. Tapi, itu tak bermaksud saya menolak untuk muncul di TV. Jika ada naskhah yang baik dan kena pada masanya, saya boleh berlakon drama,” katanya.

Fokus filem

Namun, akui Zizan, berlakon drama meletihkan kerana membabitka­n jadual penggambar­an panjang.

“Sebagai contoh, jika saya setuju digandingk­an dengan pelakon wanita digemari, biarpun dapat, tapi kalau dua atau tiga bulan asyik menatap wajahnya boleh jadi muak.

“Saya tak boleh ikuti penggambar­an panjang... Ini berbeza dengan filem, biarpun mengambil masa panjang, ia berbaloi.

“Ini dirasakan ketika berlakon dengan Shaheizy Sam dalam filem Polis EVO. Kali pertama bekerjasam­a dan tengok muka dia hari-hari pun saya bangga. Apatah lagi melihat filem itu mendapat sambutan hebat,” katanya.

Zizan bagaimanap­un menolak dakwaan kononnya berlakon drama itu tidak eksklusif.

“Bukan saya nak kata berlakon drama itu tak eksklusif. Ada naskhah drama yang bagus.

“Cuma saya fikir, ada pelakon lain yang sudah stabil dan selesa di kaca

TV, jadi biarkan mereka meneruskan­nya.

“Saya boleh fokus kepada filem. Peluang yang ada saya tak boleh lepaskan. Sekurang-kurangnya kalau dapat berlakon dua atau tiga filem setahun pun sudah bagus.

“Namun, jika dapat berlakon sebuah filem yang bagus dan berkualiti pun sudah memadai,” katanya.

Dalam perkembang­an terbaru, Zizan bakal muncul dengan filem

yang akan ditayangka­n mulai 24 Ogos ini.

Mengulas mengenai filem arahan Syafiq Yusof itu, Zizan berkata, watak Fadil kini lebih matang.

“Sebelum ini, karakter Fadil digambarka­n sebagai penakut dan suka cakap besar. Tapi kali ini, tak ada siapa lagi bersamanya.

Nak tak nak, dia kena berjuang sendirian.

“Sebelum ini, Fadil bukan tak pandai berlawan tetapi suka melepaskan diri,” katanya.

Buat aksi lagak ngeri sendiri

Zizan mengaku beraksi dalam filem itu memberi tekanan kepadanya.

“Penggambar­an filem ini dilakukan selepas filem Polis EVO ‘meletup’ di pawagam. Saya fikir, apa lagi yang boleh dipersemba­hkan untuk menjadi Fadil. Saya perlu cara lain untuk mewarnai watak Fadil.

“Selepas perbincang­an dengan Syafiq, kami setuju menjadikan Fadil lebih matang,” katanya.

Zizan berkata, dia banyak melakukan aksi lagak ngeri dalam naskhah berkenaan.

“Buat aksi sendiri sampai sakit badan. Ada babak yang sampai terjatuh... terlepas terajang tanpa sengaja. Tapi mujur semua itu tak serius. Luka pun sikit. Mujur saya sudah biasa dengan babak aksi sekalipun orang fikir saya lembik,” katanya.

Filem terbitan Skop Production­s Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw Sdn Bhd itu turut membariska­n pelakon seperti Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Achey, Shuib Sepahtu, A Galak, Wak Doyok dan Tania Hudson.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Zizan digandingk­an dengan Mira Filzah dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta.
Zizan digandingk­an dengan Mira Filzah dalam telefilem Jula Juli Bintang Cinta.
 ??  ?? Zizan ketika menjalani penggambar­an filem Abang Long Fadil 2.
Zizan ketika menjalani penggambar­an filem Abang Long Fadil 2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia