Berita Harian

papa rock teruskan hasrat

Ramli Sarip terus niat anjur konsert bantu pelarian Rohingya walaupun penganjur tarik diri

-

Penganjur tarik diri bukan alasan Ramli Sarip batalkan konsert amal

Apabila penyanyi rock otai, Datuk Ramli Sarip mahu menganjurk­an konsert amal, niatnya cuma ingin mengumpul dana membantu pelarian Rohingya. Semua yang dilakukann­ya hanyalah atas dasar simpati dan perikemanu­siaan terhadap golongan terbuang itu.

Justeru, apabila tiba-tiba penaja konsert dirancang menarik diri pada saat-saat akhir, sudah tentu ia sedikit sebanyak menimbulka­n kekalutan kepada si empunya diri dan syarikat pengurusan, Rasamusic Sdn Bhd. Mana tidaknya, mengikut perancanga­n asal, konsert amal itu berlangsun­g dua malam mulai 25 Ogos ini.

Disebabkan itu, perubahan terpaksa dibuat di mana penganjur mengubah acara kepada malam gala yang diberi nama, Konsert Gala Pelarian di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 25 Ogos ini.

Enggan ambil tindakan

Walaupun terpaksa mengubah perancanga­n asal dan hanya menganjurk­an malam gala, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat bekas vokalis kumpulan Sweet Charity itu untuk meneruskan hasrat murninya itu.

Malah, Ramli juga tidak berniat mengambil tindakan terhadap pihak terbabit. Dia tidak mahu penganjura­n konsert itu dilakukan dalam suasana yang kurang enak serta amarah.

“Sejujurnya, saya memang terkejut dengan apa yang berlaku. Namun, saya reda dan percaya ada hikmah di sebaliknya.

“Difahamkan, penarikan diri itu berlaku kerana timbul masalah dalaman penaja. Saya terima keputusan mereka dan kami tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan walaupun perjanjian sudah pun dibuat.

“Saya mahu konsert ini berlangsun­g dalam keadaan yang lancar, damai dan telus.

Walaupun terpaksa Penyanyi menggunaka­n wang sendiri untuk konsert ini, saya tak kisah dan tidak pernah menyesal.

“Apa yang penting, mesej kemanusiaa­n saya ini sampai dan hajat untuk membantu golongan pelarian ini tercapai,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Gala Pelarian di Riverside, PWTC, baru-baru ini.

 ?? [ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ] ??
[ FOTO MAHZIR MAT ISA / BH ]
 ??  ?? Ramli bersama kumpulan Raihan dan Rasamusic yang akan membuat persembaha­n pada sidang media Konsert Gala Pelarian.
Ramli bersama kumpulan Raihan dan Rasamusic yang akan membuat persembaha­n pada sidang media Konsert Gala Pelarian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia