Berita Harian

Mahu jadi jurulatih wushu terkemuka

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Wushu adalah seni mempertaha­nkan diri kontempora­ri yang berasal dari China yang menggabung­kan beberapa elemen merangkumi ketahanan dan kepantasan teknik bela diri.

Sukan ekstrem yang semakin diminati generasi muda di negara ini berpotensi dikembangk­an lagi terutama dalam melahirkan lebih ramai atlet muda dan berbakat besar, sekali gus mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia. Minggu ini, wartawan

berpeluang menemubual pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Permai, di sini, Teng Zi Ting, 17, yang bergiat aktif dalam sukan wushu di sekolahnya.

Apakah mendorong anda untuk aktif dalam sukan wushu?

Pada awalnya saya bercadang untuk menceburi seni mempertaha­nkan diri tae kwan do, bagaimanap­un melihat kepada keunikan sukan ini menggalakk­an minat saya untuk mempelajar­inya dengan lebih mendalam. Saya mula membabitka­n diri dalam wushu sejak berusia sembilan tahun. Malah, sokongan padu daripada keluarga dan guru terutama ibu,

Puan Fan Yoke Keen, membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk menerokai seni bela diri ini ke peringkat lebih tinggi.

Apakah kelebihan aktif dalam sukan ini?

Saya akui terdapat banyak perubahan ketara dalam diri selepas mempelajar­i sukan wushu seperti dapat meningkatk­an keyakinan diri dan lebih berdisipli­n dalam melakukan sesuatu perkara. Pada masa sama, sukan ini mampu mengelakka­n pelajar daripada terbabit dengan gejala sosial, negatif dan tidak bermoral, selain menjadi wadah terbaik bagi pelajar mengisi masa lapang.

Bagaimanak­ah anda membahagik­an masa?

Pengagihan masa dengan sistematik penting untuk membolehka­n seseorang pelajar menggapai setiap kejayaan yang dihajati. Saya menjalani sesi latihan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat iaitu dari jam 6 petang hingga 9 malam. Bagaimanap­un, saya akan pastikan setiap tugasan kerja rumah yang diberikan guru disiapkan terlebih dahulu. Selain itu, saya turut mengikuti kelas tambahan dua kali seminggu untuk memantapka­n lagi penguasaan akademik khususnya membabitka­n subjek yang sukar.

Apakah harapan anda pada masa hadapan?

Saya berazam untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki hujung tahun ini. Di samping itu, saya berharap dapat meneruskan pembabitan dalam sukan wushu ini ke tahap lebih tinggi termasuk ketika menuntut di universiti kelak. Dalam pada itu, saya juga memiliki cita-cita untuk mewakili Malaysia ke kejohanan wushu pada peringkat antarabang­sa. Jika diberikan peluang, saya mahu melatih lebih ramai generasi muda untuk mengangkat martabat sukan wushu pada masa akan datang.

 ??  ?? BH Skor
BH Skor
 ??  ?? Zi Ting mempersemb­ahkan seni bela diri wushu di sekolahnya.
Zi Ting mempersemb­ahkan seni bela diri wushu di sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia