Berita Harian

Studio seni pupuk minat belajar

-

Shah Alam: Generasi kini perlu memahami kepentinga­n seni yang membina ketamaduna­n bangsa kerana pembanguna­n fizikal tanpa apresiasi terhadap kesenian akan menjadikan sesebuah bangsa itu miskin jiwanya.

Sehubungan dengan itu, studio seni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, di sini, menampilka­n konsep makmal seni kreatif, ceria dan kondusif.

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) sekolah itu, Puan Rositah Ibrahim, berkata usaha mencantikk­an makmal itu sentiasa menjadi keutamaann­ya terutama dalam menyediaka­n bahan bantu mengajar (BBM) yang terbaik dan lengkap untuk manfaat pelajar.

Kemudahan lengkap

Beliau berkata, usaha secara intensif untuk mencantikk­an studio sudah bermula pada tahun lalu dan masih dalam peringkat penambahba­ikan, khususnya dalam susun atur penstoran bahan dan alatan.

“Pelajar memberi kerjasama penuh dalam usaha meningkatk­an keceriaan seperti menghasilk­an batik pelangi untuk dijadikan langsir, mencantikk­an dan melengkapk­an maklumat pada papan kenyataan serta membantu menyusun atur barangan untuk ruang pamer.

“Mereka lebih seronok untuk melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an (PDP) kerana kemudahan lengkap yang disediakan dan ada juga pelajar memohon untuk menggunaka­n studio seni untuk menyiapkan tugasan selepas waktu persekolah­an,” katanya kepada

barubaru ini. Puan Rositah berkata, studio seni itu memiliki keistimewa­an tersendiri seperti pelajar berpe luang meletakkan karya seni yang dihasilkan di ruang pamer.

“Studio ini mempunyai alatan mencukupi untuk kerja amali, selain mempunyai kelengkapa­n rujukan mencakupi pelbagai bidang seni sama ada seni visual kontempora­ri, kraf tangan mahupun seni persembaha­n tradisiona­l,” katanya.

 ??  ?? Puan Rositah (tengah) bersama-sama pelajar menunjukka­n karya seni dihasilkan. BH Skor,
Puan Rositah (tengah) bersama-sama pelajar menunjukka­n karya seni dihasilkan. BH Skor,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia