Berita Harian

Peluang terokai makmal berteknolo­gi UTEM

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) menggalakk­an lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan universiti itu sebagai pilihan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Pada masa sama, universiti teknikal awam berprestij itu turut mempelawa sekolah menengah di negara ini menjadikan UTEM sebagai destinasi lawatan sambil belajar untuk pelajar mereka.

Pengarah Pejabat Pengurusan dan Perhubunga­n Canselori (PPPC) universiti itu, Puan Fazidah Ithnin, berkata pihaknya sentiasa menyediaka­n ruang dan peluang kepada pelajar yang berminat mengikuti pengajian pelbagai peringkat yang ditawarkan.

Beliau berkata, pelajar boleh memilih kursus dan program merangkumi empat bidang pengajian utama iaitu kejurutera­an, teknologi kejurutera­an, pengurusan teknologi dan teknousaha­wan serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Lawatan pelajar

Katanya, barubaru ini, pihaknya menerima kehadiran rombongan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar Al Baqir, Bagan Serai, Perak, yang melawat Fakulti Teknologi Kejurutera­an (FTK) di Kampus Teknologi, Ayer Keroh, bagi mengetahui program yang ditawarkan di universiti ini.

“Antara pengisian yang kami terapkan ialah memberi semangat dan dorongan kepada pelajar untuk menyambung pengajian di UTEM.

“Keistimewa­an UTEM ialah memiliki rangkaian makmal berteknolo­gi tinggi yang dilengkapi peralatan bertaraf dunia dan dikatakan mempunyai rangkaian makmal terbanyak berbanding institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan yang lain,” katanya kepada

BH Skor, barubaru ini.

Sepanjang lawatan itu, rombongan yang terdiri daripada 35 orang calon SPM dan empat orang guru pengiring itu diberikan taklimat oleh tenaga pengajar di FTK, selain mendedahka­n mereka dengan kemudahan makmal dan prasarana disediakan konsep pembelajar­an moden dan teknologi semasa yang di praktikkan di UTEM.

 ??  ?? Peserta bersama-sama tenaga pengajar UTEM di dalam antara makmal yang dilawati.
Peserta bersama-sama tenaga pengajar UTEM di dalam antara makmal yang dilawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia