Berita Harian

Jana pendapatan ternak madu kelulut

Koperasi SMK Sungai Soi jalankan projek bermula tahun 2015 di Taman Agro Ekonomi sekolah

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Keindahan persekitar­an halaman Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, di sini, yang dihias dengan pelbagai spesies pokok bunga adakala menimbulka­n tanda tanya dalam kalangan tetamu sekolah itu.

Bukan sekadar hiasan, bunga-bunga yang menjadi dekorasi halaman sekolah berkenaan sebenarnya ialah sumber makanan untuk sejenis lebah kecil iaitu kelulut.

Sebenarnya, penternaka­n kelulut menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kepada koperasi sekolah berkenaan dengan projek yang bermula pada tahun 2015 itu sudah mula mengeluark­an hasil apabila mampu memperoleh kira-kira RM3,000 hasil jualan madu kelulut dalam tempoh enam bulan.

Pengetuany­a, Encik Mahadzir Hanapiah, 50, berkata sebanyak 34 koloni lebah kelulut diternak di Taman Agro Ekonomi yang dibangunka­n dan diuruskan sepenuhnya oleh guru, pelajar serta koperasi sekolah sejak dua tahun lalu.

Hasilkan sabun

"Kerjasama guru dan pelajar membolehka­n projek ini berjalan lancar serta waktu menuai madu sentiasa dinanti-nantikan kerana kami akan mula membuat sabun.

"Cuti hujung minggu digunakan untuk memproses sabun dengan semuanya dilakukan di sekolah," katanya ketika ditemui di Galeri Agro Ekonomi sekolah berkenaan di sini, baru-baru ini.

Antara pokok bunga yang menghiasi taman itu sekali gus menjadi sumber makanan lebah kelulut ialah bunga kertas, roselle, ros Jepun, kemunting cina, orkid, puding, lavender, ceri, kemunting, senduduk dan pinang merah.

Encik Mahadzir berkata, madu kelulut dituai dua atau tiga kali sebulan sebelum dibotolkan dan dijual kepada guru dan tetamu sekolah berkenaan.

"Rasa madu kelulut berbeza mengikut sumber makanannya. Kelulut diternak di ladang menghasilk­an madu yang manis manakala kelulut diternak di ladang herba menghasilk­an madu yang agak masam," katanya.

Cegah penyakit

Beliau berkata, kajian menunjukka­n madu kelulut mengandung­i pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

"Pengambila­n madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta memiliki kandungan antioksida­n lebih tinggi berbanding madu lebah biasa yang dapat membantu mencegah sesuatu penyakit," katanya.

Encik Mahadzir berkata, penghasila­n produk sabun pembersih muka dan rawatan kulit dengan jenama D'soi Honey menggunaka­n campuran madu kelulut mendapat sambutan menggalakk­an daripada warga sekolah dan masyarakat setempat.

Selain madu kelulut, katanya, sekolah berkenaan turut mengusahak­an projek tanaman cendawan tiram kelabu dan fertigasi di Taman Agro Ekonomi.

"Kita laksanakan program ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai agropertan­ian yang boleh mendatangk­an pendapatan lumayan jika mereka melaksanak­annya dengan bersungguh-sungguh," katanya.

 ??  ?? Pelajar dan guru SMK Sungai Soi melihat sarang lebah kelulut yang diternak di sekolah berkenaan sejak 2015 lagi.
Pelajar dan guru SMK Sungai Soi melihat sarang lebah kelulut yang diternak di sekolah berkenaan sejak 2015 lagi.
 ??  ?? Encik Mahadzir menunjukka­n koloni kelulut yang diternak di sekolah berkenaan.
Encik Mahadzir menunjukka­n koloni kelulut yang diternak di sekolah berkenaan.
 ??  ?? Madu kelulut yang sudah dituai dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dijual kepada orang ramai.
Madu kelulut yang sudah dituai dan dimasukkan ke dalam bekas untuk dijual kepada orang ramai.
 ??  ?? Kantung madu yang terdapat di dalam koloni lebah kelulut.
Kantung madu yang terdapat di dalam koloni lebah kelulut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia