Berita Harian

Padat teknologi terkini

- Lizam Ridzuan

Pelbagai ciri terkini dilengkapi untuk model Honda CR-V serba baru yang dilancarka­n pertengaha­n minggu lalu untuk pasaran Malaysia termasuk rekaan yang lebih lebar, luas dan tinggi.

Generasi kelima itu juga penanda aras bagi rekaan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Honda pada masa akan datang, turut menawarkan rekaan baru luaran dan dalaman serta teknologi keselamata­n terkini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi berkata, model itu melangkaui jangkaan pelanggan dengan teknologi dan enjin termaju menjadikan­nya SUV paling laris dalam segmennya.

“Honda Sensing adalah ciri keselamata­n utama yang ditawarkan dan Malaysia adalah negara Asia Tenggara pertama diperkenal­kan bersama model CR-V serba baru ini,” katanya pada pelancaran model itu, baru-baru ini.

Tujuh ciri Honda Sensing adalah Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Low-speed Follow (LSF), Amaran Pelanggara­n Hadapan (FCW), Sistem Brek Penguranga­n Pelanggara­n (CMBS), Amaran Perlepasan

Laluan (LDW), Penguranga­n Perlepasan Jalan Raya (RDM) dan Sistem Bantu Kekal Laluan (LKAS).

Sebanyak empat varian ditawarkan iaitu 2.0L 2WD yang pada harga RM142,400, 1.5L Turbocharg­ed

2WD (RM155,700), 1.5L Turbocharg­ed 4WD (RM161,600) dan 1.5L Turbocharg­ed Premium 2WD (RM167,700).

Ia boleh didapati di 91 cawangan pengedar

Honda seluruh negara dan didatangka­n dalam lima pilihan warna iaitu hijau tua

(warna baru kenderaan

Honda), putih mutiara dan biru mutiara

(warna baru CRV) serta perak dan kelabu.

 ??  ?? ENJIN baru 1.5L VTEC dengan pengecas turbo. HONDA CR-V serba baru sudah dilancar. RUANG dalaman premium dan selesa.
ENJIN baru 1.5L VTEC dengan pengecas turbo. HONDA CR-V serba baru sudah dilancar. RUANG dalaman premium dan selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia