Berita Harian

Kawalan agresif

-

lampu isyarat membelok LED baru yang disekalika­n untuk rekaan lebih kemas sesuai untuk gaya urban.

Lengan ayun tunggal atau ‘single arm’ dibahagian kiri menarik perhatian penulis selain keunikan rim motosikal ini satu gabungan menarik serta tampil sporty.

Ia dilengkapi fork Kayaba 43 milimeter diameter dan penyerap hentakan Sachs boleh dilaras untuk menyerap pelbagai permukaan jalan.

Jentera ini bergerak menggunaka­n tayar Pirelli Diablo Rosso II selain dilengkapi sistem brek ABS Bosch menambah keyakinan terutamany­a ketika mengambil selekoh dan memecut di laluan lurus.

Kelajuan maksimum jentera hypermotar­d ini

220 kilometer sejam dengan transmisi manual enam kelajuan yang lancar dengan berat bersih 181 kilogram.

Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Urban, Touring dan Sport mengikut keperluan individu serta dilengkapi dengan Kawalan Cengkaman Ducati (DTC).

Secara keseluruha­nnya, ia sebuah motosikal ringan serta sesuai ditunggang untuk pelbagai tujuan termasuk laluan bandar serta mudah dikawal sewaktu jalan sesak.

Selain sesuai untuk kegunaan harian serta tunggangan jarak jauh dengan kemampuann­ya menyamai motosikal kategori sport atau sukan, ia juga sesuai untuk digunakan di litar lumba.

Model 2017 ini mula dipasarkan pada Mac lalu dengan harga jualan asas RM71,899 dengan dua tahun waranti tanpa had perbatuan.

Paparan ini boleh disaksikan dalam segmen Vroom siaran TV9 hari ini, jam 12 tengah hari dan 8 malam.

 ??  ?? MODEL terbaru dengan 10 peratus kuasa tambahan.
MODEL terbaru dengan 10 peratus kuasa tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia