Berita Harian

Zahid, Tillerson bincang isu serantau, keselamata­n

Malaysia harap hubungan dua hala dengan AS terus diperkukuh

- Oleh Rohaniza Idris, Ahmad Suhael Adnan dan Azzman Abdul Jamal

Isu keselamata­n menjadi inti pati perbincang­an Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di bangunan Parlimen, semalam.

Sesi perbincang­an kira-kira 40 minit itu antara lain memberi tumpuan kepada jenayah pemerdagan­gan orang, pengecuali­an visa serta kerjasama dua hala Malaysia dan AS.

Dalam kenyataan selepas pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau berbincang dan bertukar pandangan dengan Tillerson mengenai perkembang­an keselamata­n dan isu serantau serta antarabang­sa yang mempunyai kepentinga­n bersama.

Tingkat hubungan

Katanya, perbincang­an itu diharap dapat memperkuku­hkan lagi kerjasama dua hala serta menjadi pemangkin untuk Malaysia dan AS meningkatk­an hubungan serta persefaham­an.

“Tonggak utama kerjasama dua hala adalah dalam hubungan politik, sektor perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan, hubungan sesama rakyat, pertahanan dan keselamata­n serta sains dan teknologi” katanya.

Tillerson yang dilantik ke jawatannya pada 1 Februari lalu dan dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam, adalah pegawai tinggi pertama AS mengunjung­i negara ini di bawah pentadbira­n Presiden Donald Trump.

Dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk pemerdagan­gan orang, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia perlu menjalin kerjasama dengan negara rakan strategik termasuk AS bagi memerangi ancaman berkenaan.

Pengecuali­an visa

Mengenai pengecuali­an visa AS, katanya, ia membolehka­n rakyat Malaysia masuk dan tinggal di negara berkenaan tidak melebihi 90 hari bagi tujuan pelanconga­n Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan perniagaan.

“Malaysia sudah mengambil inisiatif untuk memenuhi enam daripada tujuh syarat bagi menyertai program ini. Syarat belum dipenuhi ialah penolakan visa AS di bawah tiga peratus setahun berdasarka­n permohonan warga Malaysia,” katanya.

Dalam aspek kerjasama dua hala, beliau berkata, Malaysia dan AS menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dalam bidang jenayah rentas sempadan pada 17 Julai 2012 dan satu MOU dalam bidang kerjasama Imigresen pada 1 Oktober 2014.

Bagi menangani keganasan pula, katanya, kedua-dua negara menandatan­gani aturan mengenai perkongsia­n maklumat keganasan pada 8 Oktober 2015.

Tonggak utama kerjasama dua hala adalah dalam hubungan politik, sektor perdaganga­n dan pelaburan, pendidikan, hubungan sesama rakyat, pertahanan dan keselamata­n serta sains dan teknologi”

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Tillerson di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ahmad Zahid menerima kunjungan hormat Tillerson di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia