Berita Harian

Lesen 12 syarikat dibatal, kena tarik

Dua lagi agensi masih dalam proses rayuan notis pembatalan

- Oleh Rohaniza Idris, Ahmad Suhael Adnan dan Azzman Abdul Jamal

Sebanyak 14 agensi pelanconga­n dan pengendali­an umrah dikenakan tindakan selepas didapati melakukan penipuan pakej umrah sejak 2009.

Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata 11 syarikat dibatalkan lesen dan satu syarikat ditarik lesen pelanconga­n luar negara atau outbound.

Tahun ini, beliau berkata, dua notis pembatalan lesen dikeluarka­n terhadap dua syarikat yang kini dalam peringkat rayuan terhadap tindakan berkenaan.

Langgar Akta 482

“Semua syarikat itu didapati melanggar Akta Industri Pelanconga­n 1992 (Akta 482) yang membabitka­n elemen penipuan,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Bn-baling) pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, antara syarikat dibatalkan lesen termasuk Warith NY Travel & Tours, Madain Altaqwa Travel & Tours Sdn Bhd dan Permata El-nur Travel & Tours, manakala Agensi Pengembara­an Asari Murni Sdn Bhd ditarik lesen outbound.

Beliau berkata, kementeria­n juga sedang menyiasat beberapa syarikat menawarkan pakej umrah yang bakal dikenakan tindakan sama jika disabitkan kesalahan.

Mas Ermieyati menegaskan, kementeria­n tidak akan mempertimb­angkan sebarang permohonan lesen baharu oleh mana-mana individu dan syarikat yang disenarai hitam bagi kesalahan mengikut akta terbabit.

“Kita juga bekerjasam­a dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia agar mereka yang dikenal pasti ini turut dihalang menubuhkan syarikat baharu atau mengambil alih syarikat lain bagi menjalanka­n aktiviti berkaitan pelanconga­n.

“Selain itu, kerjasama dengan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk kenal pasti, ambil tindakan halang laman web milik syarikat dan individu tidak berlesen yang mengiklank­an pakej umrah dan ziarah,” katanya.

Katanya, syarikat yang menjalanka­n penipuan pakej umrah juga akan dikenakan tindakan oleh agensi lain seperti polis serta Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

Letak SPRM dalam MKSU

Menjawab soalan tambahan Abd Azeez, beliau berkata, kementeria­n akan mempertimb­ang memasukkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU).

Katanya, agensi berkenaan boleh membantu usaha pemantauan kes penipuan membabitka­n pakej umrah berikutan pertambaha­n jumlah jemaah yang mahu melakukan ibadat itu pada setiap tahun.

Antara syarikat dibatalkan lesen termasuk Warith NY Travel & Tours, Madain Al-taqwa Travel & Tours Sdn Bhd dan Permata El-nur Travel & Tours, manakala Agensi Pengembara­an Asari Murni Sdn Bhd ditarik lesen outbound” Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia