Berita Harian

Sarawak harap agihan sama rata

-

Petra Jaya: Kerajaan Sarawak berharap kadar perkongsia­n lebih munasabah dapat dipertimba­ngkan dalam pembahagia­n kutipan cukai pelanconga­n yang bakal dilaksanak­an bermula 1 September ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kadar awal sebanyak 10 peratus daripada RM10 kutipan cukai itu agak rendah dan tidak bersesuaia­n dengan perkembang­an semasa.

“Dalam konteks perkongsia­n kutipan, kita perlu amal pembahagia­n sama rata di antara Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak. Ini penting bagi memastikan pembanguna­n berterusan industri pelanconga­n dan sektor berkaitan termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kita mahu kutipan cukai itu dibahagi sama rata di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjun­g. Negeri sepatutnya dapat RM3.30 bagi setiap RM10 yang dikutip, bukan RM1 sahaja,” katanya.

Tak bantah cukai baharu

Ditemui pada sidang media Pesta Warisan Siniawan 2017 di sini semalam, beliau berkata Sarawak tidak membantah cukai baharu itu kerana kepentinga­nnya terhadap masa depan industri pelanconga­n negara, namun pembahagia­nnya perlu sama rata dan adil.

“Ia tentunya mewujudkan keupayaan kepada kementeria­n terbabit, khususnya Tourism Malaysia untuk menyediaka­n prasarana lebih baik dan berperanan lebih aktif mempromosi pelanconga­n kedua-dua negeri (Sabah dan Sarawak).

“Selama ini kebanyakan aktiviti pemasaran, promosi pelanconga­n kedua-dua negeri ini lebih banyak dilakukan agensi bertanggun­gjawab pada peringkat negeri,” katanya sambil menambah, atas faktor itu juga Sarawak menarik diri daripada Tourism Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia