Berita Harian

BAM mahu gelaran dunia milik Malaysia

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tanpa berselindu­ng mengakui mahu gelaran juara dunia menjadi milik pemain negara buat kali pertama menjelang saingan Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland yang bermula 21 Ogos ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagaimanap­un berkata, sandaran bagi merealisas­ikan impian tu tidak hanya terletak di atas bahu jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei sebaliknya beregu lelaki, Goh V Shem-tan Wee Kiong dan beregu campuran, Tan Kian Meng-lai Pei Jing turut memikul beban itu.

“Sudah pasti Chong Wei diletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi gelaran juara dunia tetapi kita juga memiliki V Shemwee Kiong dan Kian Meng-pei Jing yang boleh diletakkan sandaran. Tidak kira siapapun, kita harap kita akan ada juara dunia tahun ini.

“Selepas berbasikal trek dan terjun, badminton juga mahukan gelaran juara dunia.

“Itu kita tidak boleh tipu. Samasama kita doakan kejayaan pemain negara di Glasgow nanti,” kata Norza ketika sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (CTC) BAM di Akademi Badminton Malaysia di sini, semalam.

Lahir juara dunia

Sukan badminton masih gagal melahirkan juara dunia dan kejayaan jaguh basikal trek, Azizulhasn­i Awang serta atlet terjun, Cheong Jun Hoong meraih gelaran itu tahun ini pastinya memberi inspirasi kepada barisan pemain Malaysia untuk melakar pencapaian yang sama.

Norza, berkata persiapan pemain negara ke Glasgow berjalan dengan baik berdasarka­n maklum balas yang diberikan jurulatih termasuk ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek membabitka­n persiapan Chong Wei.

“Misbun dan Hendrawan akan menemani Chong Wei ke Glasgow. Berdasarka­n maklum balas jurulatih, Chong Wei dalam keadaan prestasi terbaik dan sudah bersedia bagi menghadapi Kejohanan Dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Norza turut memaklumka­n badan induk itu sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) untuk mana-mana pemain yang mahu meninggalk­an BAM selain SOP bagi memantau dan mencegah skandal mengatur perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia