Berita Harian

Pemerkasaa­n semangat kesukarela­wanan pelajar

-

Semangat kesukarela­wanan dalam kalangan mahasiswa perlu dipupuk sejak awal lagi dan sememangny­a kesedaran itu diperlukan sebagai batu asas kepada warga negara yang prihatin, bertanggun­gjawab, saling bantu membantu tidak kira agama, kaum dan warna kulit.

Semangat ini perlu diterapkan melalui kerjasama pelbagai pihak sama ada individu, badan kerajaan dan bukan kerajaan mahupun institusi keluarga.

Persoalann­ya, adakah mahasiswa sedar betapa pentingnya peranan mereka terhadap aktiviti kesukarela­wanan ini?

Hal ini demikian kerana jika dilihat secara rawak, penyertaan mahasiswa di universiti terhadap program kesukarela­wanan kini masih lagi berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Lebih malang lagi, segelintir mahasiswa yang dipandang tinggi oleh masyarakat ini menganggap bahawa program kesukarela­wanan membuang masa dan tidak mendatangk­an faedah.

Sehubungan itu, program kesukarela­wa- nan yang diwujudkan haruslah mempunyai objektif yang jelas bagi memberi dorongan dan motivasi kepada mahasiswa agar mereka boleh bergiat lebih aktif dalam program sebegini.

Jika objektifny­a jelas, pasti mahasiswa dapat menjiwai dan menghayati­nya dengan baik. Penghayata­n terhadap program itu perlu diberi fokus yang tinggi kerana tanpa penghayata­n sudah pasti tidak mendatangk­an imbuhan kepada peserta.

Menyumbang bakti

Terdapat pelbagai isu yang berlaku seperti bencana alam, konflik negara luar, pencemaran alam sekitar, masalah kesihatan, tahap pendidikan yang rendah dan masalah sosial yang memerlukan tenaga sukarelawa­n yang berani tampil ke hadapan untuk menyumbang bakti bersama badan kesukarela­wanan.

Sehubungan itu, pertubuhan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) menyediaka­n peluang yang banyak untuk mahasiswa terutama generasi muda untuk menyertai program sebegini sama ada di dalam mahupun luar negara.

Menyedari isu ini, mahasiswa adalah golongan bijak pandai dan tonggak utama kepada sesebuah negara haruslah menerapkan nilai kesukarela­wanan dalam diri agar mereka lebih memahami bagaimana masyarakat setempat berfungsi melalui pemerkasaa­n struktur sosial kemasyarak­atan.

Beri pelbagai manfaat

Aktiviti kesukarela­wanan sememangny­a tidak mendatangk­an faedah berbentuk wang dan kebendaan. Namun jika dilihat dari sudut yang berbeza, aktiviti itu dapat menambah kecenderun­gan peserta dalam usaha memperkaya­kan ilmu pengetahua­n berdasarka­n pengalaman yang diperoleh.

Selain itu, mereka juga dapat memupuk, membudayak­an nilai kerjasama, melahirkan insan yang berupaya mengeluark­an idea bernas, memupuk semangat berkumpula­n, mengikis sikap pentingkan diri, sekali gus serta mengenali persekitar­an budaya masyarakat sekitar.

Pada masa sama, dalam usaha membangunk­an negara Malaysia selaras dengan kehendak

Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Razak serta Kementeria­n

Belia dan Sukan yang berhasrat memperkasa generasi muda mahupun mahasiswa haruslah mempunyai nilai jasmani, emosi, rohani, intelek yang stabil merangkumi kesemua aspek generasi holistik.

Semua aspek ini dapat dicapai melalui penyertaan mahasiswa dalam program yang berunsurka­n kesukarela­wanan.

Tahun Sukarelawa­n Negara yang diisytihar­kan sejak 2009 menunjukka­n betapa pentingnya mahasiswa dan generasi muda dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan generasi yang sedia membantu untuk membina masa hadapan negara yang lebih baik.

Malaysia yang menjadi tuan rumah Sukan SEA Ke-29 dan Para ASEAN kesembilan merekrut sukarelawa­n bagi menjayakan acara yang julung kali diadakan di Malaysia sebagai tuan rumah.

Bilangan pendaftara­n yang diterima oleh Sekreteria­t Sukan SEA Ke-29 melebihi 50,000 pendaftara­n sedangkan hanya 20,000 sukarelawa­n sahaja yang diperlukan.

Ini jelas menunjukka­n semangat kesukarela­wanan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak lagi ‘mati’ berbanding negara luar.

Tuntasnya, semoga kita dapat melahirkan sukarelawa­n dalam kalangan mahasiswa bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Mahasiswa yang berani tidak lokek menyumbang bakti dan tidak mementingk­an diri. Inilah mahasiswa yang dicari secara sukarela dan bertindak atas dasar tanggungja­wab tanpa dipaksa atau disuruh.

Kesimpulan­nya, walaupun isu ini tidak begitu hebat dibincangk­an, adakalanya mampu menjadi isu nasional apabila negara dilanda musibah seperti bencana banjir pada Disember 2014 dan kejadian tanah runtuh di Sabah pada 2015.

Penghayata­n terhadap semangat sukarelawa­n perlu diterapkan sebaik mungkin demi keharmonia­n dan keamanan bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia