Berita Harian

1,000 unit rumah dua projek PPR dibina di Langkawi

-

Langkawi: Keperluan rakyat di pulau ini terhadap rumah mampu milik bakal dipenuhi dengan pembanguna­n dua projek perumahan rakyat (PPR), masing-masing di Ulu Melaka dan Kuah.

Sejumlah 1,000 unit kediaman disediakan menerusi dua projek itu yang dibangunka­n dengan kos RM247 juta, yang dilancarka­n Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam. Kedua-dua projek dijangka siap pada 2019.

Perdana Menteri berkata, dua PPR yang dibangunka­n itu bukanlah berstatus projek politik, sebaliknya usaha prihatin kerajaan terhadap keluhan penduduk Langkawi.

“PPR ini sebaik siap kita akan melaksanak­an konsep sewa beli, kerana kita tak mahu (penduduk) ada masalah untuk dapatkan pinjaman bank kerana sesetengah penduduk Langkawi tak ada slip gaji. Kita mahu pastikan semua 1,000 rumah PPR itu dimiliki selepas siap,” katanya ketika berucap pada majlis bersama rakyat di Mahsuri Internatio­nal Exhibition Centre (MIEC) di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib turut melancarka­n projek naik taraf jeti nelayan Kuala Chenang yang membabitka­n kos RM9.1 juta menerusi peruntukan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk kemudahan 400 nelayan pantai.

Lancar inisiatif Digital Langkawi

Pada majlis berasingan Perdana Menteri melancarka­n inisiatif Digital Langkawi yang merangkumi penyediaan pelbagai limpahan pembanguna­n melalui lima kluster yang merangkumi Ekonomi Pintar, Pelanconga­n Pintar, Komuniti Pintar, Persekitar­an Pintar dan Keselamata­n Pintar, sebagai usaha menjadikan Langkawi pulau digital pertama negara.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus membangunk­an Langkawi, malah statusnya sebagai pulau bebas cukai akan terus dipertahan­kan selagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah.

Pada majlis berasingan, Najib turut merasmikan laluan penerbanga­n baharu Langkawi-shenzen yang disediakan Airasia bermula 9 Ogos lalu, sebagai usaha melonjak potensi pulau ini sebagai destinasi pelanconga­n bertaraf dunia.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Najib melihat replika projek PPR selepas pelancaran majlis bersama rakyat di Mahsuri Internatio­nal Exhibition Centre (MIEC), di Padang Matsirat, semalam.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Najib melihat replika projek PPR selepas pelancaran majlis bersama rakyat di Mahsuri Internatio­nal Exhibition Centre (MIEC), di Padang Matsirat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia