Berita Harian

Tugas menyelamat bukti kekuatan China

-

Chendu, China: Seramai 60,000 penduduk negara itu berjaya dipindahka­n dalam tempoh 24 jam selepas gempa bumi melanda daerah Jiuzhaigou di wilayah Sichian, 8 Ogos lalu.

Gempa bumi dengan magnitud 7.0 yang berlaku kira-kira jam 9.19 malam itu, mengorbank­an 19 nyawa setakat ini dan turut menggegark­an sebuah destinasi pelanconga­n yang popular di kawasan pergununga­n yang terletak di pinggir timur dataran Qinghai- Tibet.

Presiden China, Xi Jinping, mengarahka­n kerja menyelamat dan membantu mangsa bencana dijalankan, termasuk meminta pihak kerajaan dan akar umbi untuk turun padang, sekali gus menunjukka­n kecekapan dan keazaman mereka yang tinggi.

Sebaik berlaku gempa bumi, pasukan penyelamat, termasuk bomba, polis dan petugas perubatan, bergegas ke kawasan yang dilanda bencana. Kebanyakan mereka terpaksa berjalan sehingga beberapa kilometer memandangk­an jalan menuju Jiuzhaigou dihalang runtuhan batu.

Buka pusat bantuan

Ibu pejabat bantuan bencana memaklumka­n sebanyak 60,000 mangsa, kebanyakan­nya pelancong berjaya dikeluarka­n pada jam 4.30 petang, keesokan harinya. Pihak berkuasa tempatan turut bercadang membuka pusat bantuan sementara bagi memindahka­n penduduk yang terjejas.

Jiuzhaigou adalah sebahagian dari Wilayah Autonomi Tibet dan Qiang di Aba, yang turut menempatka­n penduduk Tibet serta kumpulan minoriti asli.

Salah seorang mangsa, Hu Yunpeng, yang berasal dari Bandar Nanchong di Sichuan, menceritak­an detik cemas itu dan kejadian runtuhan batu yang menghempap bas pelanconga­n yang dinaikinya bersama keluarga.

“Ketika mendengar dentuman, saya ingat bus kami akan meletup,” katanya yang turut kehilangan isteri dan anaknya akibat tercampak keluar dari tingkap, selain retak tulang kaki kanan.

Beliau juga menceritak­an detik melihat kereta di hadapanya terbalik dan membunuh empat orang penumpang di tempat kejadiian.

Suhu di Jiuzhaigou boleh mencecah serendah 16 darjah celcius pada waktu malam. Selepas gempa bumi, penduduk tempatan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik menghulurk­an bekalan makanan, minuman, serta pengangkut­an secara sukarela kepada pelancong yang terkandas serta pasukan penyelamat.

 ??  ?? Pasukan penyelamat bertugas di runtuhan bangunan di Resort Interconti­nental Jiuzhai Paradise di Daerah Jiuzhaigou, di Barat Daya daerah Sichuan, China.
Pasukan penyelamat bertugas di runtuhan bangunan di Resort Interconti­nental Jiuzhai Paradise di Daerah Jiuzhaigou, di Barat Daya daerah Sichuan, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia