Berita Harian

52 remaja, 2 budak ditahan ubah suai basikal

-

Johor Bahru: Polis menahan 54 remaja dan kanak-kanak termasuk dua yang berusia bawah enam tahun selepas menunggang basikal yang diubah suai atau basikal lajak, dalam operasi di Dataran Cahaya Kulai, dekat sini.

Mereka yang ditahan ialah tiga murid sekolah rendah, 48 pelajar sekolah menengah, seorang pelajar kolej serta masing-masing seorang kanak-kanak berusia lima serta enam tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Johor, Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar, berkata semua remaja dan kanak-kanak itu ditahan dalam operasi yang dijalankan selama kira-kira tiga jam bermula jam 5 petang kelmarin.

Katanya, operasi yang dijalankan oleh dua pegawai dengan tujuh anggota itu merampas 60 basikal lajak, termasuk basikal yang ditinggalk­an oleh pemiliknya selepas menyedari kehadiran pihak polis.

Enam individu lari tinggalkan basikal

“Polis memeriksa 72 basikal iaitu 60 basikal lajak dan 12 lain-lain jenis basikal. Seramai 66 individu diperiksa, manakala enam lagi dipercayai lari meninggalk­an basikal mereka dan gagal dikesan.

“Polis mengeluark­an 54 saman Pol 257 terhadap 54 individu selepas mendapati terdapat 54 basikal lajak yang dikesan tidak mempunyai brek atau loceng,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Dzulkhairi berkata, semua ibu bapa dan penjaga kanak-kanak serta remaja yang ditahan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk mengambil anak mereka dan diberikan sesi kaunseling.

Polis memeriksa 72 basikal, iaitu 60 basikal lajak dan 12 lain-lain jenis basikal. Seramai 66 individu diperiksa, manakala enam lagi dipercayai lari meninggalk­an basikal mereka dan gagal dikesan” Dzulkhairi Mukhtar, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Johor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia