Berita Harian

Brad Pitt, Jolie kena denda RM2.86 juta

Mahkamah perintah bayar kepada pereka lampu Perancis

-

Aktor terkenal, Brad Pitt dan bekas isterinya, aktres Angelina Jolie diperintah­kan oleh Mahkamah Rayuan Perancis untuk membayar 568,000 euro (RM2.86 juta) kepada seorang pereka lampu yang ditugaskan menghias kediaman mewah mereka di selatan negara itu.

Keputusan mahkamah pada 19 April lalu memihak kepada Odile Soudant yang syarikatny­a diisytihar­kan muflis susulan perbalahan dengan Chateau Miraval, iaitu firma bertanggun­gjawab mengurus aset abad ke-17 itu.

Pitt yang berpisah dengan Jolie membeli rumah agam berkenaan di selatan Provence pada 2008 sebelum melangsung­kan perkahwina­n di gereja kecil yang terdapat di rumah itu pada 2014.

Ubah suai rumah 40 bilik

Akhbar harian Perancis, Liberation dalam laporannya berkata, projek bernilai jutaan dolar untuk mengubah suai kediaman 40 bilik dan tiga blok bangunan itu menggunaka­n khidmat 17 pekerja sepenuh masa namun ia tidak termaktub di dalam kontrak.

Pengubahsu­aian kediaman mewah itu berjalan lancar selama dua tahun dengan kos sebanyak 25 juta euro (RM125 juta), sebelum masalah teknikal mula berlaku, termasuk penangguha­n projek yang menyebabka­n kos semakin meningkat.

Pitt dan Jolie diperintah­kan membayar hampir 450,000 euro (RM2.26 juta) kepada syarikat milik Soudant, Lumieres Studio atas semua tunggakan bil dan pampasan kerana merosakkan imej baik syarikat itu.

Sebagai tambahan, Chateau Miraval perlu membayar ganti rugi 60,000 euro (RM302,433) kepada Soudant kerana merosakkan nama baik pereka itu dan 8,000 euro lagi (RM40,324) untuk upah yang belum dijelaskan. Firma terbabit bagaimanap­un masih berhutang kos mahkamah sebanyak 50,000 euro (RM252,027).

Reputasi Soudant tarik Pitt

Soudant mengetuai bahagian hiasan lampu di studio milik arkitek terkenal Perancis, Jean Nouvel sebelum membuka premisnya sendiri pada 2009.

Reputasi dimiliki beliau itu adalah faktor utama yang mendorong Pitt, peminat tegar Nouvel mengupah Soudant untuk melakukan kerja-kerja pengubahsu­aian kediaman mewah berkenaan.

Menurut laporan Liberation, Soudant turut bercadang melanjutka­n perbalahan itu dengan tuduhan melanggar hak cipta.

“Brad Pitt menyebabka­n syarikat saya muflis dan memusnahka­n hasil kerja saya,” katanya kepada akhbar berkenaan.

Pitt menuntut hak milik rekaan lampu di kediaman itu yang memiliki keluasan 400 hektar dan ladang anggur berdekatan Aix-en-provence.

 ?? [FOTO AGENSI] ?? Pitt dan Jolie tidak bercadang menjual kediaman mewah di selatan Provence, walaupun sudah berpisah.
[FOTO AGENSI] Pitt dan Jolie tidak bercadang menjual kediaman mewah di selatan Provence, walaupun sudah berpisah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia