Berita Harian

Program Asasi SEGI buka peluang lanjut pengajian

Bantu pelajar ikuti Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pilihan masing-masing

- Oleh Haryani Ngah

Lazimnya, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berada di persimpang­an selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Mereka harus memilih arah tuju sama ada ingin meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau sebaliknya.

Universiti SEGI dan Kolej yang mencecah usia 40 tahun pada tahun ini, meneruskan usaha kecemerlan­gan bagi memastikan pelajar mendapat mutu pendidikan terbaik dalam mengejar impian menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing.

Bagi memastikan lepasan sekolah membuat pilihan jurusan yang betul, SEGI menggalakk­an pelajar yang berminat bersama ibu bapa mengunjung­i kampus yang ada untuk sesi lawatan sekitar kemudahan pembelajar­an.

Menerusi lawatan ini, kaunselor SEGI akan membantu mengenal pasti jurusan bersesuaia­n dengan minat dan bakat pelajar.

SEGI menawarkan pelbagai program asasi yang mendapat pengiktira­fan global membolehka­n graduan meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda yang menjurus lebih 130 bidang.

Bagi program Asasi Sains, ia memberi penekanan dalam sains gunaan membabitka­n satu atau lebih bidang sains semula jadi bagi menyelesai­kan masalah teknikal.

Program ini bertujuan mengukuhka­n pengetahua­n untuk memastikan pelajar mampu menguasai kandungan kurikulum supaya boleh meneruskan pelajaran dalam pelbagai bidang termasuk sains kesihatan dan kejurutera­an.

Program Asasi Perdaganga­n menjamin kemasukan pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda berprestij dan bertaraf dunia yang ditawarkan SEGI melalui kerjasama dengan Australia dan United Kingdom.

Graduan mempunyai pilihan untuk melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengurusan, perakaunan atau perniagaan.

Bantu graduan

Program Asasi Seni membabitka­n modul pembelajar­an yang bertujuan mengasah kreativiti dan kemahiran penyelesai­an masalah untuk membantu graduan meneruskan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Pelanconga­n dan Hospitalit­i, Komputer serta Perakaunan dan Perniagaan.

Bagi program Asasi Teknologi Maklumat pula, pelajar SEGI berjaya mencapai kadar kelulusan setinggi 95 peratus.

Pensyarah SEGI akan memastikan pelajar mendapat bimbingan secukupnya dengan melengkapk­an mereka dengan pengetahua­n dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat.

Untuk Edexcel A-level, ia hanya ditawarkan di Kolej SEGI Sarawak saja. Edexcel adalah program fleksibel yang mana graduan boleh meneruskan pengajian dalam jurusan perakaunan dan perniagaan serta perundanga­n.

Melalui jaringan kerjasama luas dengan konsortium universiti seperti Universiti Abertay, Universiti Greenwich, Universiti Sunderland, Universiti St Mark & St John, Universiti Cardiff, Universiti Leicester, Universiti London dari UK; Universiti Southern Queensland dari Australia, Shanghai Universiti Perubatan Tradisiona­l Cina (Shanghai University of TCM) dan pelbagai lagi, lepasan sekolah yang mendaftar program asasi di SEGI berpeluang melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi ke mana-mana universiti bertaraf antarabang­sa.

Semua program asasi hanya mengambil masa 12 bulan, manakala Edexcel A-level adalah program 18 bulan dari UK.

Ini membolehka­n lepasan sekolah yang mendaftark­an dalam program asasi di SEGI mempunyai kelebihan berbanding rakan sebaya kerana mereka boleh menjurus terus kepada Ijazah Sarjana Muda selepas tamat pengajian asasi dalam masa setahun.

SEGI memberi peluang sama kepada semua lepasan sekolah yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM atau kelayakan setaraf untuk memohon biasiswa High Achievers.

Selain itu, jika pelajar memerlukan bantuan kewangan, SEGI juga akan membantu memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Untuk maklumat hubungi Universiti SEGI (03-6145 1777 atau 011-1210 6389), Kolej SEGI Subang Jaya (038600 1777 atau 016-212 9154), Kolej SEGI Kuala Lumpur (03-2070 2078 atau 018-211 8653), Kolej SEGI Penang (04-2633 888 atau 013- 629 4880), Kolej SEGI Sarawak (082-252566 atau 017 859 2566), atau layari laman web www.segi.edu.my.

 ??  ??
 ??  ?? Program asasi di SEGI mendapat pengiktira­fan global membolehka­n pelajar meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Program asasi di SEGI mendapat pengiktira­fan global membolehka­n pelajar meneruskan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia