Berita Harian

Percutian di Tioman meninggalk­an kerinduan

Khayal dengan tiupan bayu laut, bersantai di Bagus Place Retreat ibarat berada Maldives

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Andai hidup boleh diatur menerusi alat kawalan jauh, sudah pasti penulis akan menekan butang ‘putar tanpa henti’ tatkala mengimbau penangan percutian di Bagus Place Retreat, Tioman yang sehingga kini terus memanggil jasad kembali ke sana.

Sudah resam anak kota untuk berasa teruja setiap kali halwa telinga disaji desiran ombak dan angin pantai yang lemah gemalai memukul pipi, namun kunjungan ke lokasi percutian yang terletak di Tioman ini lain ceritanya.

Setibanya di jeti Tanjung Gemok, Pahang, kira-kira jam 7 pagi, penulis dan rakan menyelesai­kan urusan permit kemasukan dikeluarka­n Jabatan Taman Laut Malaysia, selain meregong urat angkara pemanduan dari ibu kota yang mengambil tempoh lebih empat jam melintasi Tangkak, Jementah, Muadzam dan Rompin.

Tepat jam 8 pagi, perkhidmat­an feri tiga tingkat yang dikendalik­an syarikat Cataferry membunyika­n semboyan untuk berangkat, sekali gus menandakan percutian kami ke Tioman kini bermula.

Mabuk laut dilambung ombak

Pelayaran 90 minit dari jeti Tanjung Gemok ke jeti Genting, iaitu hentian pertama Cataferry cerah dihiasi langit biru, lantas penulis tidak melepaskan peluang untuk bersantai di tingkat atas dan membiarkan kulit dimamah sinaran matahari pagi.

Sebaik tiba, kami meluangkan masa meneroka persekitar­an Kampung Genting yang dipenuhi deretan chalet, hotel dan homestay untuk pelancong, selain membeli bekalan ‘jajan’ atau kudapan dari kedai runcit berdekatan.

Selesai urusan, kami menaiki bot laju disediakan Bagus Place Retreat untuk ke ‘singgahsan­a’ percutian tiga hari dua malam, namun permukaan laut yang berombak menyebabka­n seorang rakan penulis mabuk laut.

Menghampir­i jeti resort, mata kami seakan-akan terkesima dengan keindahan lokasi untuk kami bermalam, malah terdetik di hati: “Bot tadi bawa pergi Maldives ke?”.

Mana tidaknya, selain berlatar belakangka­n dua puncak Gunung Nenek Si Mukut, kawasan resort terpencil ini dihubungka­n dengan jeti kayu sepanjang kira-kira 200 meter

dari gazebo penyambut tetamu yang terletak berhampira­n pantai.

Bersandar di hujung beranda

Berada di atas pelantar jeti sambil menikmati deruan angin laut sudah cukup membuatkan penulis dan rakan tenggelam dilayan blues, selain melupakan hiruk-pikuk kota.

Daripada 10 unit chalet ditawarkan Bagus Place Retreat, kami memilih untuk bermalam di ‘rumah laut’, iaitu kediaman yang diperbuat menggunaka­n kayu dan menggabung­kan ciri hiasan dalaman kontempora­ri Barat dan klasik Melayu.

Saat daun pintu beranda chalet dibuka, hamparan laut biru kehijauan disulam longgokan karang di bawah permukaan air jelas kelihatan, sehingga membuatkan penulis termenung jauh tatkala duduk bersandar di hujung sudut rumah.

Jamu selera di kedai Kak Chah

Aktiviti pembuka tirai sudah tentu snorkeling kerana catatan mengenai resort ini di pelbagai laman web mengatakan adalah mudah untuk anda ‘bertegur sapa’ dengan penyu, jerung karang, ‘moray eel’ dan pelbagai kehidupan bawah laut.

Ia ternyata benar kerana penulis yang memang ‘kaki selam’ berpeluang melihat penghuni laut berkenaan berkeliara­n di dasar laut, selain tampak selesa dengan kehadiran manusia.

Kami juga tidak melepaskan peluang berkunjung ke air terjun di Kampung Mukut dan menjamah hidangan tengah hari di kedai Kak Cah yang keenakan sajiannya sering meniti bibir pelancong serta penduduk tempatan.

Itu adalah pengisian lazim di pulau, namun keunikan resort yang hanya berbekalka­n kudrat pengurusan seramai 14 kakitangan ini mula terserlah saat penulis menikmati ‘vanilla shake’ di bar sambil ditemani rakan lain.

Tidak peduli telefon bimbit

Pengamatan penulis sepanjang di resort pula menyaksika­n pengunjung yang rata-ratanya pelancong asing lebih gemar meluangkan masa dengan keluarga, menerusi aktiviti ringkas seperti bermain bola tampar pantai, snorkeling di hujung jeti, bermain ‘monopoly’ dan bergelak tawa.

Telefon bimbit tidak kelihatan dalam genggaman, lantas membuatkan penulis sedar bahawa resort ini memberi masa berkualiti untuk keluarga berbanding sekadar percutian mewah yang sarat dengan sajian pelbagai aktiviti.

Maka tidak hairan menerusi pengalaman mengembara di pelbagai pelosok negara, tidak pernah penulis rasa begitu berat untuk kaki melangkah pergi meninggalk­an Bagus Place Retreat.

 ??  ??
 ??  ?? Jeti resort berlatar belakang dua puncak Gunung Nenek Si Mukut.
Jeti resort berlatar belakang dua puncak Gunung Nenek Si Mukut.
 ??  ?? Antara tempat penginapan yang disediakan kepada pelancong.
Antara tempat penginapan yang disediakan kepada pelancong.
 ??  ?? Air terjun yang terletak berhampira­n Kampung Mukut, di Pulau Tioman
Air terjun yang terletak berhampira­n Kampung Mukut, di Pulau Tioman
 ??  ?? Penulis (kiri) bergambar kenangan bersama rakan.
Penulis (kiri) bergambar kenangan bersama rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia