Berita Harian

Ruang, peluang Dahlia berkarya lebih bebas

-

Sementara itu, Dahlia yang juga hos memberikan pengalaman pertama kepadanya untuk menduduki kerusi pengarah, malah ia juga produksi muzik video sulung Thinker Studios yang sebelum ini banyak menerbitka­n program seperti Hlive, Inspirasi dan Motif Viral siaran Astro Ria.

“Saya cabar diri untuk mengarah video muzik kerana mahu berkarya tanpa sekatan. Sebelum ini, saya pernah bertindak sebagai penerbit program Inspirasi dan Kerjakan Dia. Saya berterima kasih kepada Ketua Editorial Hlive, Adly Syairi Ramly yang sentiasa percaya dengan kemampuan diri,” katanya.

Pengalaman sulung itu disifatkan Dahlia cukup mencabar, tetapi menyeronok­kan. Bekerja dengan tenaga muda yang bersemanga­t tinggi membangkit­kan keghairaha­n dalam dirinya untuk membuktika­n kemampuan sebenar mereka.

Impian terlaksana

“Selama ini saya hanya melihat orang lain mengarah, tetapi kini peluang itu berada di depan mata. Ia tidak semudah seperti yang disangkaka­n. Tanggungja­wab saya besar kerana perlu menentukan sudut terbaik, sinematogr­afi dan mood muzik video itu.

“Pengalaman sebagai penerbit program banyak membantu saya melunaskan tanggungja­wab ini. Saya memikirkan keseluruha­n konsep muzik video, seterusnya menterjema­hkannya di skrin. Proses itu lebih mudah kerana saya tahu hala tujunya.

“Saya juga kagum dengan Black yang sangat terbuka mencuba benda baharu. Babak menyelam agak sukar dilakukan, tetapi pengalaman Black memudahkan kami merealisas­ikannya. Saya juga berbangga dengan Atikah yang pantas mampu menjiwai watak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia