Berita Harian

Bade masih di hati

Erma reda terima ketentuan takdir berpisah selepas 27 tahun hidup bersama

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Selama mengenali wanita ini, jiwanya cukup ampuh dan kebal. Datanglah apa juga cabaran, pasti dia akan menghadapi­nya dengan kental dan bersemanga­t waja. Sekelumit pun dia tidak akan menunjukka­n kelemahan atau kesedihann­ya kerana dia tidak mudah tunduk dengan dugaan.

Namun, insiden yang berlaku pada pagi Khamis lalu cukup berbeza dengan apa yang pernah disaksikan sebelum ini. Pada hari itu, pengarah dan juga pelakon terkenal, Erma Fatima tewas dengan permainan perasaanny­a sendiri.

Air mata yang sebelum ini begitu mahal untuk dititiskan akhirnya gugur juga. Saat diijabkabu­lkan hampir tiga dekad lalu bersama sutradara tersohor, Badaruddin Azmi atau Bade, tidak pernah dia menyangka mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta itu akan bernoktah dengan perceraian.

Namun, siapa dirinya untuk menolak suratan takdir. Meskipun fizikal Erma kelihatan begitu kuat, hanya Tuhan yang mengetahui betapa pedihnya hati menerima kenyataan itu.

“Tiada siapa yang akan gembira apabila perceraian berlaku. Memang orang nampak saya kuat, hakikatnya saya sedang bersedih. Ketika Bade melafazkan talak, air mata saya mengalir. Saya menangis bukan saja kerana ikatan perkahwina­n yang dibina sejak 27 tahun dulu berakhir, tetapi sedih melihat keadaannya yang seperti tidak terurus,” kata pengarah filem Embun ini ketika dihubungi, sehari selepas perceraian­nya.

Bersalam sebelum berpisah

Bade, 53 melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya itu kirakira jam 11.35 pagi di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Terdahulu, suasana dalam mahkamah bertukar sayu apabila pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum pengarah filem KL Menjerit itu melafazkan cerai.

Pasti ada yang tertanyata­nya apakah punca sehingga Bade nekad memfailkan perceraian pada 10 Ogos lalu dan melafazkan talak satu seminggu selepas itu. Spekulasi turut bertebaran, mengatakan perpisahan itu berlaku atas kehendak Erma yang sebelum ini pernah memfailkan perceraian tetapi menarik balik keputusann­ya.

Tidak mahu menyalahka­n sesiapa, Erma berkata, apa yang berlaku adalah disebabkan jodoh yang tidak panjang.

“Hubungan kami seperti biasa, malah kami tidak pernah bergaduh. Sudah tertulis jodoh kami hanya setakat ini dan saya menerimany­a dengan hati yang reda. Seperti yang saya katakan sebelum ini, soal rumah tangga dan mati saya, biar hanya saya dan Tuhan yang tahu.

“Saya tahu ramai yang terkejut dan anakanak juga tidak dapat menerima hakikat perceraian ini tetapi itu realiti yang harus dihadapi. Walaupun sudah bercerai, dalam hati ini dia (Bade) masih ada. Dia tidak akan pernah jauh daripada saya.

“Bagaimana saya boleh melupakan insan yang banyak mengajar dan menjadikan saya kuat dan berjiwa kental seperti hari ini?,” kata wanita berusia 49 tahun ini.

 ?? [ FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ ] ??
[ FOTO ZUNNUR AL SYAFIQ ]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia