Berita Harian

Jeragat punca kurang yakin

Penggunaan krim tabir suria dan rawatan khas bantu lindungi kulit

-

Selain jerawat, masalah jeragat di muka juga boleh membuatkan wanita tidak selesa keluar rumah tanpa calitan solekan tebal.

Walaupun jeragat tidak memudaratk­an, namun ia menyebabka­n kulit muka wanita tampak kusam, tidak bermaya dan menghilang­kan keyakinan diri.

Kehadiran jeragat juga sukar dihilangka­n dan menjadikan kulit kelihatan tidak cantik dan mengalami kitaran penuaan sebelum usia.

Jeragat atau ‘melasma’ di muka adalah salah satu daripada masalah kulit yang biasa terjadi dalam kalangan masyarakat Asia umumnya.

Jeragat kerap muncul di bahagian muka seperti di bahagian pipi. Namun, ada juga yang mengalamin­ya di bahagian hidung dan dahi.

Masalah utama wanita

Pakar dermatolog­i dan Ketua Pegawai Eksekutif Dermalene Medisuite & Consultanc­y, Dr Alina Hasni Mohamad Rashid, berkata antara masalah utama wanita ialah jeragat yang menyebabka­n mereka tidak selesa dan kurang keyakinan diri.

Katanya, kebiasaann­ya jeragat menyerang wanita pertengaha­n umur seperti 40 tahun ke atas.

“Tetapi tidak mustahil golongan awal 20-an juga berdepan masalah ini berikutan jeragat boleh berlaku pada sesiapa saja.

“Wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit jeragat lebih besar kerana sinaran ultraungu

(UV) menjadi penyebab kepada masalah kulit.

“Antaranya, kulit kering, kusam, jerawat dan jeragat sehingga kepada kanser kulit,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Kulit alami penuaan

Kajian pakar kulit mendapati ada banyak faktor yang menyebabka­n berlakunya jeragat.

“Antara faktor utama ialah sinaran UV dan ia sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu sinaran ultra lembayung A (UVA) menyebabka­n kulit mengalami proses penuaan pramatang.

“Ultra lembayung B (UVB) pula mengakibat­kan selaran kulit selepas aktiviti luar seperti mandi laut sebagainya.

“Kedua-duanya boleh mengakibat­kan kulit kita menghasilk­an melanin yang banyak untuk melindungi sel daripada rosak,” katanya.

Boleh perlahanka­n keremajaan kulit

Dr Alina Hasni berkata, sekiranya penghasila­n melanin berlaku secara berlebihan menyebabka­n tompokan hitam mula terjadi dan tidak terkawal.

Katanya, sungguhpun proses peningkata­n usia seseorang tidak boleh dihalang, namun proses penuaan boleh diperlahan­kan.

“Wanita harus mencari jalan mengelakny­a dengan langkah memilih produk sesuai dan selamat digunakan.

“Oleh itu, untuk melindungi kulit daripada berlaku jeragat tidak terkawal penggunaan selalu krim pelindung matahari mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) menyeluruh sangat penting,” katanya.

Minum banyak air

Kata Dr Alina Hasni, bagi mengelak terjadinya jeragat kulit juga memerlukan nutrisi seperti vitamin C untuk kekal sihat.

“Pengambila­n vitamin C adalah antioksida­n yang membantu membaik pulih kolagen dan pemutihan kulit di samping memastikan pengambila­n air yang cukup bagi mengekalka­n keanjalan kulit.

“Ada di antara mereka yang menghadapi masalah jeragat boleh mendapatka­n rawatan kulit dari pakar kulit,” katanya.

Sekiranya jeragat dialami semakin ketara, rawatan boleh dilakukan di Dermalene Medisuite & Consultanc­y yang mengetenga­hkan rawatan RX Spot Correct membantu mengembali­kan penampilan kulit sihat bersih.

“Rawatan ini menggunaka­n kaedah pemecahan pigmentasi secara semula jadi bagi mengurangk­an penampilan jeragat pada kulit wajah.

“Teknologi digunakan bertindak melalui tiga peringkat iaitu memulih, memperbaha­rui dan melindungi kulit wajah secara menyeluruh.

“Ia berupaya mengembali­kan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilk­an kulit wajah sihat kepada tahap paling maksimum dan seterusnya menghasilk­an kulit tampak bermaya, cerah dan sempurna,” katanya.

Untuk melindungi kulit daripada berlaku jeragat tidak terkawal penggunaan selalu krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) menyeluruh sangat penting” Dr Alina Hasni Mohamad, Pakar dermatolog­i

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]
 ?? [ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] ?? Rawatan menghilang­kan jeragat mengunakan laser.
[ FOTO ROHANIS SHUKRI / BH ] Rawatan menghilang­kan jeragat mengunakan laser.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia