Berita Harian

Hujan emas

Walau sudah mencapai sasaran 111 emas kelmarin, semangat kontinjen negara tidak terhenti, sebaliknya terus cemerlang dengan menuai 29 lagi pingat emas menjadikan jumlah pungutan sehingga semalam kepada 140

- Oleh Haika Khazi

Putrajaya: Skuad polo negara menepati ramalan apabila memenangi pingat emas selepas menang tipis 9-8 ke atas Thailand dalam aksi final di Pusat Equestrian Putrajaya, semalam.

Skuad Malaysia yang diketuai Shaik Reismann Mohamed Ismail, bermula garang apabila menjaringk­an tiga gol menerusi Mohd Zulhelmie Nadzar, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman, pada chakka pertama, manakala Thailand hanya memperoleh satu gol menerusi Nattapong Pratumlee.

Pasukan Malaysia kemudian menambah satu lagi jaringan, sebelum Thailand bangkit dengan menyamakan kedudukan menjadi 4-4 pada chakka kedua.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, skuad kebangsaan bangkit semula dengan menambah tiga lagi gol membolehka­n Malaysia mendahului Thailand 7-4 pada chakka ketiga.

Khairy direhatkan

Kedua-dua pasukan terus berbalas serangan sehingga Malaysia mencapai kemenangan tipis 9-8 menewaskan Thailand selepas tamat perlawanan pada chakka keempat.

“Saya sangat gembira pasukan Malaysia dapat mencapai kemenangan selepas diberikan tentangan hebat oleh skuad

Thailand dan menjalani latihan intensif sejak Disember lalu," katanya Shaik Reisman.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang direhatkan pada perlawanan itu gembira skuad kebangsaan memenuhi sasaran meraih emas.

Saya sangat gembira pasukan Malaysia dapat mencapai kemenangan selepas diberikan tentangan hebat oleh skuad Thailand dan menjalani latihan intensif sejak Disember lalu” Shaik Reismann Mohamed Ismail Ketua skuad polo negara

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Thailand di Putrajaya, semalam. ?? Khairy (tengah) bersama pemain polo negara bergambar selepas memenangi emas menewaskan
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Thailand di Putrajaya, semalam. Khairy (tengah) bersama pemain polo negara bergambar selepas memenangi emas menewaskan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia