Berita Harian

PM puas hati raptai Hari Kebangsaan

Latihan persembaha­n 18,000 peserta tunjuk negara sedia sambut ulang tahun merdeka

- Oleh Azzman Abdul Jamal

Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang dipersemba­hkan hampir 18,000 peserta di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Raptai ketiga bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi itu berlangsun­g dengan jaya, tertumpu kepada gabungan persembaha­n padang dan perbarisan peserta daripada kalangan pelajar sekitar Lembah Klang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta pasukan keselamata­n.

Perdana Menteri berkata, latihan persembaha­n dipamerkan semua peserta, menunjukka­n negara bersedia menyambut Hari Kebangsaan yang bakal berlangsun­g esok dengan meriah.

“Saya berpuas hati dengan persembaha­n hari ini (semalam) dan saya lihat ia akan menyampaik­an mesej kepada semua mengenai pencapaian negara sempena sambutan 60 tahun ini.

“Mudah-mudahan Hari Kebangsaan nanti kita akan tunjukkan satu persembaha­n yang tidak dilupakan rakyat Malaysia,” katanya berucap pada raptai penuh itu yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Laung ‘Merdeka’ tujuh kali

Najib yang mengambil bahagian dalam raptai berkenaan termasuk melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali, turut mengajak rakyat menghargai jasa pemimpin dan pejuang kemerdekaa­n pada 1957.

“Betapa besarnya cabaran terpaksa dihadapi kita selama 60 tahun. Bila lihat (raptai) sambutan, kita dapat rasakan apa yang kita capai adalah kejayaan yang cemerlang.

“Kejayaan ini seharusnya disematkan dalam hati dan jiwa kita sebagai generasi penyambung dan diturunkan kepada generasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) untuk diteruskan pada masa depan,” katanya.

Sambutan bakal dimeriahka­n dengan kehadiran bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia, Mohd Sarif Kalam dan Pegawai Waran 1 (B), Oliver Culvelt, yang menaikkan bendera Persekutua­n Tanah Melayu di Stadium Merdeka 60 tahun lalu.

Mereka akan diberi penghormat­an sekali lagi untuk menaikkan Jalur Gemilang esok sebagai simbolik mengimbau detik kemerdekaa­n negara.

500,000 dijangka hadir

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, berkata lebih 500,000 pengunjung dijangka membanjiri Dataran Merdeka bagi meraikan sambutan berkenaan, esok.

Tinjauan mendapati, landskap Dataran Merdeka diubah suai menjadi seolah-olah Stadium Merdeka dengan setiap susun atur kedudukan juga sama, termasuk skrin gergasi sepanjang 200 meter.

Ia bagi mengembali­kan nostalgia sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos 1957, tarikh keramat Tanah Melayu menjadi negara berdaulat bebas daripada pentadbira­n British.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Najib memimpin tangan Culvelt Samuel (dua dari kiri) dan Mohamed Sharif ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, semalam.
[ FOTO BERNAMA] Najib memimpin tangan Culvelt Samuel (dua dari kiri) dan Mohamed Sharif ketika raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017 di Dataran Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia