Berita Harian

Tun Mahathir pertikai kesimpulan kerugian

-

Putrajaya: Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangk­an Pengerusi Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing pada 1990-an, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, menarik balik kesimpulan dibuat pada prosiding minggu lalu berhubung kerugian dialami Bank Negara Malaysia (BNM).

Dr Mahathir turut meminta supaya sebarang kenyataan yang dibuat berkaitan siasatan yang sedang berlangsun­g, tidak diumumkan kepada orang awam sehingga laporan suruhanjay­a itu diserahkan kepada Yang di-pertuan Agong.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada Dr Mahathir, berkata kesimpulan itu disifatkan sebagai pramatang dan melanggar perkenan Yang di-pertuan Agong.

Cubaan dedah kesimpulan dianggap pramatang

“Sebarang cubaan mendedahka­n kesimpulan atau kenyataan berhubung siasatan kepada umum sebelum saksi selesai memberi keterangan dan laporan diserahkan kepada baginda, adalah pramatang dan tidak boleh dilakukan pada peringkat ini,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri membangkit­kan persoalan itu dengan memetik laporan portal

(FMT) bertajuk

Beliau turut memetik laporan Malaysiaki­ni bertajuk ‘UMNO: Kerugian forex benar, 1MDB di atas kertas’ yang merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang menggarisk­an perbezaan antara kerugian pertukaran asing BNM dan 1MDB.

Mohamed Haniff Khatri berkata, pihaknya terpanggil membangkit­kan perkara itu bagi mengelakka­n pelbagai pihak membuat andaian mengeliruk­an berhubung prosiding siasatan yang masih berlangsun­g.

Bagaimanap­un, Mohd Sidek pada akhir prosiding pendengara­n semalam, menyatakan pihaknya mengambil maklum perkara itu.

 ??  ?? Mohd Sidek hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam.
Mohd Sidek hadir di Mahkamah Rayuan Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia