Berita Harian

Langkah elak manipulasi harga, rakyat tak dianiaya

Pindaan Akta Kawalan Harga, Anti Pencatutan 2011 dibentang Oktober

- Oleh Shaarani Ismail

Penggubala­n akta baharu atau pindaan bagi menambah baik Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dijangka dibentang di Parlimen, Oktober ini, bagi menangani kegiatan mengambil untung berlebihan hingga harga barang melambung.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata selain mengatasi perolehan untung berlebihan oleh orang tengah, pindaan itu juga bertujuan menangani kenaikan harga barang secara bersepadu.

“Saya sudah minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin kemukakan perkara ini.

Pindaan atau (gubal) akta baharu bagi memastikan rakyat tidak dianiaya” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

“Pindaan atau (gubal) akta baharu bagi memastikan rakyat tidak dianiaya,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan lembu korban 2017 sempena Aidiladha kawasan Parlimen Bagan Datuk di sini, semalam.

Pengguna teraniaya

Ahmad Zahid berkata, undang-undang dan akta sedia ada sudah lengkap, tetapi tidak merangkumi kawalan harga terhadap orang tengah hingga mengakibat­kan mereka mengambil kesempatan dan menganiaya pengguna.

“Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan. Saya beri amaran kepada orang tengah, peniaga borong dan runcit supaya hanya jual mengikut apa yang ditetapkan.

“Saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) nak tengok bila Parlimen bersidang, pindaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan membabitka­n orang tengah mesti diberikan perhatian,” katanya.

 ?? [FOTO L MANIMARAN/BH] ?? Ahmad Zahid menyerahka­n watikah lembu korban kepada wakil ahli jawatankua­sa Masjid Al Fatah Sungai Nipah Darat, Rungkup pada majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha kawasan Parlimen Bagan Datuk, semalam.
[FOTO L MANIMARAN/BH] Ahmad Zahid menyerahka­n watikah lembu korban kepada wakil ahli jawatankua­sa Masjid Al Fatah Sungai Nipah Darat, Rungkup pada majlis penyerahan lembu korban sempena Aidiladha kawasan Parlimen Bagan Datuk, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia