Berita Harian

48,563 aduan babit kerugian RM255J tahun lalu

-

Petaling Jaya: Pusat Khidmat Aduan Pengguna (NCCC) menerima 48,563 aduan daripada pengguna seluruh negara sepanjang tahun lalu yang membabitka­n kerugian lebih RM255 juta.

Pengurus Kanan Perundanga­n dan Undang-undang NCCC, Shabana Naseer Ahmad, berkata aduan membabitka­n transaksi e-dagang adalah yang tertinggi dengan 7,371 kes dilaporkan.

Bagaimanap­un, katanya, nilai kerugian tertinggi pula membabitka­n sektor automobil dan bengkel kenderaan, iaitu hampir RM80 juta.

“Kami percaya sektor berkenaan menyebabka­n kerugian terbesar kerana kualiti kenderaan diabaikan pengeluar atau peniaga supaya harganya lebih murah. Ia membabitka­n kereta baharu dan terpakai.

“Pengguna akan menanggung kerugian apabila kenderaan yang dibeli mudah rosak. Lebih mengecewak­an, kebanyakan aduan yang diterima NCCC adalah terhadap pengeluar tempatan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Industri automobil

Beliau juga mendakwa, pusat perkhidmat­an kenderaan di Malaysia tidak sensitif terhadap aduan pelanggan, kebanyakan­nya akan mengabai atau membiarkan sahaja aduan yang diterima.

“Walaupun ada undang-undang, masalah seolah-olah tiada penyelesai­an sehingga bukan sahaja hilang kepercayaa­n kepada pengeluar, tetapi juga pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, masalah timbul apabila tiada badan kawal selia memantau dan mengambil tindakan terhadap industri automobil.

“Sepatutnya pengeluar memeriksa terlebih dahulu kebolehgun­aan dan kemapanan aksesori kereta serta alat ganti bagi kereta baharu dan terpakai. Selain itu, kukuhkan lagi khidmat pelanggan dan selepas jualan.

“Kebanyakan aduan yang diterima mendakwa banyak pengeluar dan peniaga kereta mengambil mudah aspek berkenaan selepas selesai urusan pembelian,” katanya.

 ?? [FOTO SHAWAL AZANI/BH] ?? Pengurus NCCC, Mandeep Singh (kiri) dan Shabana pada sidang media Laporan Tahunan Aduan Pengguna 2016 di Petaling Jaya, semalam.
[FOTO SHAWAL AZANI/BH] Pengurus NCCC, Mandeep Singh (kiri) dan Shabana pada sidang media Laporan Tahunan Aduan Pengguna 2016 di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia